Pelakon Elfira Loy selamat bersalin anak keduanya, pada Jumaat.
Perkhabaran gembira tersebut disampaikan bintang ini menerusi Instgaram, awal malam tadi.
Meluahkan rasa syukur, Elfira memaklumkan bayi perempuannya dilahirkan kira-kira jam 6.27 petang.
“I have a lot of great photos but i love this one. SubhanAllah. Ayah is such a superhero, menangis mommy tengok Ayah sambut awak sendiri while mommy pushed you. @fariskanuar.
Ads
“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, what an amazing experience. My baby princess. Friday, 20th May 2022. 1827hrs,” tulisnya.
Serentak dengan itu, para peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah serta ucapan yang baik-baik menerusi lampiran fotonya dan bayi baru lahir bersama suami, Faris Khairol Anuar.
Ads
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal menjadi filem biopik terhebat yang pernah dihasilkan anak tempatan, Mat Kilau akan memulakan tayangannya di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun ini.
Buah tangan terbaharu pengarah Syamsul Yusof itu akan mengupas kehebatan serta jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara agar ia dapat memberikan informasi lebih-lebih lagi buat generasi masa kini.
Pelakon Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.
Kehebatan lakonan Adi Putra turut dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang, termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.
Filem yang diterbitkan Studio Kembara itu mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British tersebut turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).
Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.
“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur.
“Filam arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.
Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang.
British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.
Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamsul Yusof, Datuk Adi Putra, Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah… Maknanya kalaulah you all (media) tak promosikan saya, dekat televisyen pun keluarlah. Ini Norlia Ghani, orang masih ingat syukur,” Itu seloroh pelakon senior, Norlia Ghani, 73, selepas ditanya mengenai drama-drama raya lamanya yang kerap ditayangkan di kaca TV setiap kali Syawal.
Menurut Norlia, dia turut sama isi masa menonton drama berkenaan dan pada masa sama cuba kenalpasti apa yang perlu diperbaiki.
“Saya pun perasan cuma kadang-kadang bila ia ditayangkan, saya mesti ketinggalan. tapi bila ada kesempatan untuk menonton, saya suka untuk letakkan diri saya sebagai penonton biasa.
“Maknanya, bila tengok apa sahaja watak yang telah dibawa, saya cuba untuk teliti dan kaji. Itulah yang saya buat, mana yang boleh diperbaiki lagi.
“Sebab saya percaya kadang-kadang tidak sedar dengan diri sebab penonton yang melihat, menilai,” katanya.
Sinonim menerusi watak Joyah menerusi drama era 80-an, Opah, Norlia tidak menafikan ada ketika cucunya akan mengusiknya setiap kali naskhah lama kembali ditayangkan.
“Dulu kan saya kurus. Mereka (cucu) panggil saya ‘Nanny’. Kata mereka ‘wah itu Nanny lah, Nanny seksi’. Mereka menyakat sebab mereka sedia tahu neneknya seorang pelakon.
‘Pernah juga mereka melawat saya di set penggambaran dan sebagainya,” katanya lagi.
Pelakon Anzalna memaklumkan dia belum dapat berkongsi jantina anak keduanya yang selamat dilahirkan secara pembedahan pada 20 Mei lalu.
Menurut Anzalna, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu terlebih dulu kerana mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya yang kini sedang bercuti di Eropah.
“Insya-Allah saya akan kongsikan jantina anak dalam minggu ini selepas kedua ibu bapa dan adik-beradik lain pulang dari Eropah.
“Kalau ikut perancangan awal anak saya lahir pada 31 Mei ini, tapi selepas doktor membuat pemeriksaan pada tarikh akhir iaitu 20 Mei lalu, dia maklumkan anak saya sudah nak keluar.
“Jadi tak dapatlah mereka menemani saya di hospital ketika saya menjalani pembedahan anak kedua ini,” katanya, memetik Harian Metro.
Menurut Anzalna, dia mengaku proses kelahiran anak kedua berjalan lebih tenang meskipun terkejut anaknya lahir 12 hari lebih awal dari tarikh jangkaan doktor.
“Alhamdulillah kali ini proses bersalin lebih tenang. Mungkin saya sudah ada pengalaman ketika melahirkan Eidress sebelum ini.
“Setakat ini anak berada dalam keadaan yang baik. Saya juga ada pembantu yang menguruskan saya dan anak sepanjang tempoh berpantang ini selain ditemani suami yang ambil cuti sehingga sekarang.
Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...