Categories: Berita Hiburan

Awie, Erra & Ziana Bergabung Semula! ‘Sembilu The Reunion’ Janji Hidupkan Kembali Magis Cinta 90-an

Share

Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain kembali menyatukan aura legenda mereka apabila fenomena era 90-an, Sembilu, diangkat semula menerusi persembahan mega Sembilu The Reunion Live In Concert.

Pernah mencetuskan fenomena dan dianggap antara filem paling ikonik dekad tersebut, Sembilu kini dihidupkan kembali dalam bentuk konsert yang bakal membawa peminat menyelami nostalgia percintaan era itu.

Konsert dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2026 di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan menurut Awie, konsert ini membawa makna besar dalam perjalanan seninya.

“Sembilu ialah satu perjalanan emosi yang besar dalam hidup saya. Dapat menyanyikan semua lagu bersama penonton yang membesar dengan karya ini adalah satu penghargaan yang sangat besar,” katanya.

Sementara Erra Fazira pula percaya bahawa persembahan ini bakal mengembalikan kenangan emas peminat yang pernah mengikuti filem tersebut.

“Saya percaya ramai yang masih menyimpan memori dengan filem dan lagu-lagu Sembilu. Konsert ini seakan memberi peluang kepada kita untuk kembali membuka album kenangan itu,” kongsinya.

Bagi Ziana, dia juga sama-sama teruja untuk menghidupkan semula lagu-lagu hitsnya di pentas besar, bersama rakan seperjuangan.

“Lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan dalam era Sembilu membawa jiwa yang tersendiri. Saya tak sabar untuk menghidupkan semula magis itu di pentas,” katanya.

Pada malam istimewa tersebut, sebanyak 22 buah lagu

bakal dipersembahkan, diiringi oleh maestro muzik Aubrey Suwito.

Persembahan turut diperkasakan dengan visual dramatik, pencahayaan artistik dan dekorasi berskala besar yang diinspirasikan daripada babak ikonik filem Sembilu.

 

Kekuatan Sembilu

Konsert berskala besar ini dianjurkan oleh Ideatelier, syarikat produksi di bawah naungan pereka fesyen

Ezuwan Ismail.

Menurut Ezuwan, Sembilu disifatkan sebagai karya yang meninggalkan kesan mendalam dalam dunia hiburan tempatan.

“Saya mencadangkan konsert ini kerana saya mahu generasi baharu merasai keindahan karya yang pernah menjadi nadi masyarakat kita.

“Malah dalam masa sama memberi ruang kepada peminat lama untuk menghidupkan kembali memori mereka,” katanya.

Tambah Ezuwan lagi, objektif utama konsert ini adalah bagi menyatukan peminat baharu dan lama demi meraikan nostalgia, seni suara serta kekuatan penceritaan muzik era 90-an.

Tiket konsert sudah pun boleh didapati peminat bermula hari ini.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di

@mediahiburanofficial Akhirnya tiga figura ikonik kembali bersatu! Awie, erra Fazira & Ziana Zain dalam ‘Konsert Sembilu The Reunion’ 7 Februari 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil ✨ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
MH