
Penyanyi, Awi Rafael ternyata memberikan saingan hebat apabila menjadi salah seorang peserta yang layak ke Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) yang bakal berlangsung Sabtu ini.
Bagaimanapun, Awi kekal merendah diri mendakwa bahawa dia menyertai GGV 2 adalah untuk bertemu dengan orang-orang yang hebat.
“Pertandingan ini sekadar perjumpaan saya dengan suara-suara yang hebat. Fokus Awi di GGV 2 untuk nyanyikan lagu-lagu yang hebat dari segi individu dan juga kawan-kawan lain.
“Tapi Awi sebagai seorang pengubah lagu, sebenarnya seronok dapat dengar suara-suara baru, yang Awi tak pernah kenal sebelum ni.
“Ramai rakan-rakan di sini mempunyai suara yang hebat. Buat masa ini, Awi dah ada idea nak gubah lagu untuk Adeep Nahar dan In-Team.
“Mungkin tamat program ini, Awi akan mulakan projek Awi pula,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam pada itu, Awi menegaskan bahawa dia tidak akan menukar personanya ke arah ketuhanan selepas GGV 2 tamat kelak.
“Tidak. Tak akan tukar sebab Awi nak tunjukkan kepada semua orang bahawa sifat manusia itu bukan hanya sekadar luaran sahaja.
“Kita kadang-kadang lihat orang tu gaya ‘rock n roll’ tapi mungkin dia lebih banyak buat tahajud daripada kita.
“Oleh itu, I just wanna be myself, real me. Namun, Awi mungkin akan hasilkan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan.
“Ambil contoh Maher Zain. Dalam pada kita suka dan ikut menyanyi lagunya, kita juga turut menyebut dan berzikir. Itu yang Awi inginkan sesungguhnya,” jelasnya lagi.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan ditayangkan di lima saluran iaitu Astro Oasis (saluran 106), Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena ramadan, Ramadan HD (saluran 122).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI