Selepas pelakon, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun menjadi mangsa emosi peminat drama tempatan, kini giliran Sharnaaz Ahmad pula diserang netizen gara-gara terkesan dengan lakonan mantap hero tersebut.

Akibat terlalu geram, seorang pengguna Twitter dilihat secara terbuka mengeluarkan kata-kata kesat kepada Sharnaaz kerana berang dengan watak yang dimainkan pelakon itu.

Akibat tomahan yang keterlaluan, ini respond sinis yang diberikan Sharnaaz kepada individu tersebut.

IKLAN

“Awak Teringin Ada B*bi Tak Dalam Rumah Awak,”- Sharnaaz Ahmad Mangsa Terbaru Peminat Emosi

IKLAN

“Semua percakapan awak ada babikan saya. Kenapa? Awak teringin ada babi tak dalam rumah awak buat peliharaan. Tak perlu kot sebab awaklah binatang tu. Bela la binatang lain pulak, anjing ke, sama je haram tu. Samalah macam awak jugak,” jawab Sharnaaz sinis.

Pada masa yang sama, ramai juga memuji lakonan Sharnaaz kerana berjaya menghidupkan watak ‘Adrian Hilman’ yang merupakan seorang suami yang sudah memiliki dua orang anak tetapi tetap menyayangi orang lain.

IKLAN

Bagi MH, peminat drama tempatan seharusnya bijak mengawal emosi dan tidak terbawa-bawa perasaan marah di dunia luar kerana para pelakon hanya menjalan tuntutan mereka untuk menjayakan sesebuah drama.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI