Pelakon sensasi, Fasha Sandha kali ini mengambil pendirian menegur tindakan seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Monaliza Razali di atas kekasarannya di dalam menegur penampilan pelakon berkenaan. Teguran yang diberikan pelakon Teratai Kemboja itu dibuat pada Ahad lalu.

Jelas Fasha, sambil mempersoalkan bahasa netizen berkenaan, aktres berusia 34 tahun itu juga mengakui dia sedar diri dan kerana itulah dia menulis kapsyen mengenai kekurangan diri.

“Macam ni ya bahasa seorang wanita muslimah, berhijab, juga seorang mak yang dah ada anak? Saya tau saya buruk. Sbb tu saya kata i embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus pls. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok? 

 

“Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni? Awak nakkan perhatian kan? Saya bagi perhatian pada awak now ya wahai saudara islamku. Awak nak kaki kan saya ? Jom jumpa saya esok? Saya letak muka saya kat kaki awak, sila buat kalau berani,” tulis Fasha.

Pada masa sama, pelakon itu turut menjelaskan dia sebenarnya tiada masa untuk melayan pembenci. Bagaimanapun atas kemungkinan individu tersebut mahukan perhatian dan ingin ‘kakikan’ dirinya, jadi Fasha meminta individu berkenaan untuk berjumpa.

IKLAN

“Awak Nak Kakikan Saya? Jom Jumpa Saya Esok?” – Fasha Tempelak Netizen Biadab

IKLAN

“Awak tu ada anak2, awak belum tau apa akan jadi pada anak2 awak. Saya ni sebenarnya takde masa untuk haters, tapi sbb kakak ni mmg nakkan perhatian, nak kaki kan saya, lets meet up. Siapalah kakak ni kan? Memalukan kaum orang berhijab, kata2 tidak seperti penampilan.

 

“Apapun , terima kasih ya Kakak. All the best to you ✌️ Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak off comment ke nak bukak komen ke nak buat apapun, u tak payah sibuk. Pegi jaga laki dan anak2 awak. Saya takut anak2 dan keluarga u MALU dengan kata2 awak ni wahai Monaliza Razali.

 

“Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambik tau pasal kita, nakkan perhatian, i bagi promosi percuma pada U ya kak. Biar followers u bertambah ? Ini insta ikhlas dari saya. Saya tengah cuti ni, saya ni jarang ada hari cuti. Saya ada banyak masa hari ni,” maklum Fasha.

Malah, dia turut memohon siapa yang mengenali individu yang dimaksudkan itu supaya menyampaikan salam buatnya.

IKLAN

“Oh ya, Sesiapa yang mengenali wanita berhijab muslimah sejati ni atau suami dia atau keluarga dia, tolong kirim salam. Terima kasih. Ingat ya… jangan ingat kami ni artis, kami tak berhak nak bersuara, berhenti MEMBULI ARTIS k,” kongsi Fasha panjang lebar.

Foto: Instagram Fasha Sandha

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI