
Program realiti paling ikonik Malaysia, Dewi Remaja, kini kembali dengan edisi ulang tahun ke-40 yang menampilkan 12 finalis baharu Dewi Remaja 2025.
Bertemakan Pesonakan Bintangmu, edisi kali ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih segar, penuh inspirasi dan dekat di hati penonton Malaysia.
Dewi Remaja 2025 bakal bersiaran mulai 10 Oktober 2025, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104), serta boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan sooka.
Penonton akan mengikuti perjalanan mingguan para finalis melalui tugasan, cabaran serta transformasi mereka sehingga malam kemuncak pada 28 November 2025.
Melengkapi perjalanan ini adalah barisan juri berwibawa dengan pengalaman luas dalam dunia seni, hiburan dan industri kreatif tanah air.
Nabila Huda, pelakon prolifik bergelar Ratu Versatil Malaysia, hadir sebagai juri tetap dengan kepakaran dalam pelbagai genre lakonan.
Lebih dua dekad pengalaman menjadikan beliau bukan sekadar memahami seni, tetapi juga ketulenan, karisma dan daya tahan yang diperlukan untuk bertahan dalam industri hiburan.
Turut melengkapkan barisan juri tetap ialah pelakon dan personaliti televisyen, Kamal Adli.
Dengan pengalaman bermula dari dunia peragaan hingga layar besar, Kamal membawa perspektif maskulin yang seimbang dalam menilai daya tarikan, kebolehan dan potensi finalis.
Karismanya menjadikannya mentor semula jadi yang mampu membimbing finalis menjadi bintang serba boleh.
Lebih istimewa, setiap minggu Dewi Remaja 2025 akan menampilkan juri jemputan daripada alumni Dewi Remaja termasuk nama-nama besar yang kini menjadi ikon dunia seni, fesyen, media dan hiburan.
Kehadiran mereka bukan sahaja menghidupkan semangat 40 tahun legasi Dewi Remaja, tetapi juga memberi peluang finalis menerima panduan terus daripada mereka yang pernah melalui laluan sama.
Selain program utama, penonton turut dihidangkan dengan kandungan tambahan eksklusif di Astro Ria, iaitu
Diari Dewi Remaja. Ia tayangan mingguan bermula 6 Oktober hingga 24 November, setiap Isnin jam 11 malam.Segmen ini membawa penonton menyingkap sisi peribadi finalis, kisah suka duka serta dinamika persahabatan mereka.
Sementara Kapsul Dewi Remaja, iaitu segmen ringkas bermula 9 Oktober hingga 27 November, setiap Khamis jam 10.55 malam.
Ia memberikan sorotan mingguan, momen inspirasi dan pesona bintang sepanjang pembikinan Dewi Remaja.
Sempena ulang tahun ke-40, Dewi Remaja bukan sahaja mengekalkan reputasi sebagai pertandingan paling ikonik Malaysia, malah turut memperbaharui format agar kekal segar dan relevan dengan generasi masa kini.
Dengan gabungan program utama, diari dan kapsul, Dewi Remaja 2025 hadir sebagai sebuah pengalaman tontonan 360 darjah, merentasi kaca TV, digital dan media sosial.
Ini dia senarai 12 peserta Dewi Remaja 2025;
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Cantik & tersendiri, ini dia 12 peserta Dewi Remaja 2025… Major love! ♥️✨👸🏻 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ I'm Falling In Love – Wildflowers