Kekecewaan dan kekesalan hidup akibat terlalu bergantung kepada suami akhirnya menjentik hati suri rumah, Faziana Zakaria untuk keluar dari zon selesa.
Wanita berusia 36 tahun ini akui, apabila nak ke tandas awam dengan bayaran 20 sen pun masih mengharapkan ihsan suami.
Pendek kata, selama15 tahun berkahwin ibu kepada dua cahaya mata ini pernah ada ada wang di tangan secara konsisten.
“Banyak yang buat saya rasa lemah semangat dan kurang motivasi dalam hidup ini. Mungkin terlalu selesa ditanggung suami hingga saya akhirnya terperangkap dengan ego sendiri.
“Bayangkan ke mana-mana pun saya tak pernah bawa dompet sebab tiada sesen pun di tangan. Balik-balik saya harapkan suami untuk beli itu ini.
“Saya pula jenis yang terbiasa nak membantu orang lain. Tetapi, hujung-hujung tersekat dengan keadaan diri sendiri yang tak berdaya nak menghulurkan sumbangan,”kata Faziana.
Paling terkesan, dia tidak dapat membantu ibu bapanya sendiri yang memerlukan sekitar RM10,000 untuk proses pengubahsuaian rumah.
“Saya nak minta duit dekat suami untuk bantu jelaskan bayaran pengubahsuaian itu terbit rasa bersalah. Takkan asyik-asyik semua nak harap duit dia?
“Gaji dan duit simpanan suami pun berapalah sangat. Tambahan pula, ibu dan bapa mentua saya pun lebih memerlukan wang untuk merawat masalah buah pinggang dan rawatan susulan dialisis.
Ads
“Jadi saya tak boleh mementingkan diri sendiri apabila terhimpit dengan dilema sebegitu. Kalau fikir kita susah atau ada masalah, sebenarnya ada lagi yang lebih bergelut,” katanya.
Lama-kelamaan Faziana mula berfikir sesuatu dan mahu mencabar diri supaya tidak terus berada di zon selesa.
“Kemuncak kepada niat saya nak cari duit sendiri tercetus pada tahun 2017 apabila mencuba nasib dengan menggunakan produk keluaran Nurraysa untuk mencari solusi kepada masalah ekzema anak saya.
“Ia akhirnya membuka lembaran baharu untuk saya ‘menggali’ kerja dalam bidang kosmetik.
“Dari suri rumah, saya akhirnya minat berbisnes.Manfaat dan khasiat produk Nurraysa yang mesra wuduk juga buat saya mahu memanjangkannya kepada lebih ramaiorang lagi.
Ads
“Saya cabar diri jadi ejen jenama itu dan sesuatu yang mengejutkan saya berjaya capai RM10,000 selepas sebulan berjinak-jinak berniaga.
“Selama ini saya tak ada sesen dalam tangan, tapi akhirnya kuasa dan pintu rezeki membolehkan saya hidup senang,” katanya.
Faziana mengakui kehidupannnya berubah 360 darjah dengan izin Tuhan.
Ads
“Duit bulanan untuk ibu bapa yang selama ini saya mengharapkan ihsan suami pun akhirnya dapat diserahkan sendiri. Saya berjaya hulurkan wang bulanan kepada mereka setiap bulan.
“Dengan limpahan rezeki yang diterima, saya berjaya mengubah suai rumah sendiri. Saya mampu kumpul duit deposit rumah kedua bersama suami.
“Malah, saya mampu melancong dalam dan luar negara hasil duit berniaga. Tak ketinggalan, saya bangga memiliki kereta pertama sendiri dengan menggunakan slip gaji berniaga,” katanya.
Hasil dedikasi dan ketekunan Faziana memanfaatkan bisnes bersama jenama itu juga berjaya membuatkan dia memperoleh jumlah jualan yang boleh dibanggakan.
“Saya bersyukur pilihan bersama jenama ini dan dibantu bimbingan pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli yang tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu, memberikan kenikmatan dan kebahagiaan tidak terungkap.
“Platform berbisnes secara jemaah ditawarkan pengasas yang bersemangat membimbing pasukan Nurraysa setiap hari 24 jam tanpa henti juga menjadi galakan dan inspirasi.
“Ilmu dikongsi pengasas itu akhirnya dicurahkan saya kepada pasukan dan bantu sesama sendiri. Bagi yang mahu ikut jejak saya boleh mencari informasi menerusi laman web rasmi mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu membawa ke syurga.
Tidak dapat menahan kesedihan, penyampai radio Suria FM, DJ Lin merasa sebak pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini apabila pertama kali menyambutnya tanpa kehadiran ibu tercinta yang telah pergi dijemput Ilahi pada 24 Jun lalu.
Ibu DJ Lin, Puteh Jantan, 80 menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru.
Walaupun masih terasa kehilangan arwah ibu, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, 47, dan adik-beradiknya yang lain tetap cuba menghidupkan suasana hari raya seperti mana yang sering dilakukan ibu mereka pada ketika hayatnya.
“Selamat Hari Raya mak ya. Kali pertama anak-anak juga menantu serta cucu-cucu mak akan menyambut kedatangan Aidiladha tanpa mak di sisi kami.
“Tapi kami tetap tunaikan hasrat mak untuk kita masak ketupat dan lauk pauk macam yang selalu kita hidangkan di pagi raya,” tulis DJ Lin di Instagramnya.
Menerusi perkongsian itu juga, DJ Lin memuat naik video dia menziarah pusara arwah ibu di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Johor Bahru.
“Mak… Orang (DJ Lin) datang ziarah kubur mak. Macam mana kehidupan mak kat sana? Orang doakan roh mak tenang dan di tempatkan di kalangan orang beriman, soleh dan solehah selalu. Orang rindu mak sangat,” luah DJ Lin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah lebih seminggu ditayangkan di pawagam, penangan dan fenomena filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan masih lagi kian terasa.
Rata-rata peminat filem tempatan dilihat tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri karya hebat arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof itu.
Terbaru, salah seorang peneraju utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Fattah Amin akui teruja apabila berkesempatan untuk menonton filem lakonannya itu bersama-sama salah sebuah kelab silat tempatan.
Menurut Fattah, perasaan menonton filem ini bersama pesilat-pesilat sebenar sememang berbeza daripada yang sebelumnya.
“Alhamdulillah lain macam betul rasa hari tu dapat sama-sama dengan semua pesilat menonton @filem_matkilau di TGV KLCC anjuran @kelabcikguhalimofficial .
“Terima Kasih menjemput ‘Awang’ dan sempat impromptu bunga silat dan tempur silat. Terima kasih buat semua yang hadir,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Nur Fazura itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.
Sewaktu tayangan tersebut, Fattah juga dilihat sempat mempersembahkan demontrasi silat tempur tiga lawan satu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum melihat aksi Fattah yang lincah bersilat itu.
“Happy bila tengaok Fattah dapat recognition yang dah lama dia deserve.
“Suka tengok Fattah Amon berlakon dalam filem ni.
“Tahniah Awang. Memang kena pada orangnya.
“Lepas ni semua nak belajar silat sebbakan filem Mat Kilau. Terbaik. Anak saya pun nak suruh belajar silat juga.
“Tahniah Fattah Amin. Dia sememangnya seorang pelakon yang berbakat,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Setakat ini, video yang dikongsikan telah pun meraih hampir dua juta tontonan.
Menerusi filem ini, Fattah membawakan watak sebagai Awang . Selain Fattah, filem ini juga turut dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan Asaari dan ramai lagi.
Terdahulu, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan juga telah berjaya memecahkan rekod untuk meraih jumlah kutipan tiket mencecah lebih RM23 juta pada minggu pertama tayangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran yang setimpal bagi membawakan watak Mat Kilau menerusi filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan Syamsul Yusof.
Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 41, bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran yang diterimanya.
“Ya memang benar (bayaran setimpal). Sebab ia memerlukan kudrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih.
“Ia bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa jumlahnya? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu,” katanya kepada MH.
Adi ditemui pada majlis tayangan amal filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan anjuran Biro Media Sosial Puteri UMNO Malaysia dan Kretip Malaya yang diadakan di Suria KLCC, baru-baru ini.
Adi juga menambah, dia teruja sekiranya filem Mat Kilau mempunyai kesinambungan menerusi sekuel selepas ini.
“Kalaulah ada, Alhamdulillah. Saya serahkan pada penerbit.
“Saya ini cuma barisan pelakon sahaja. Kita sama-sama doakan andai benar ada sekuel,” katanya lagi.
Untuk rekod, filem Mat Kilau kini berjaya memecahkan rekod apabila bergelar filem terlaris Malaysia dalam sejarah perfileman tempatan.
Untuk setakat 11 hari tayangan, nakshah terbitan Studio Kembara itu telah berjaya mencecah kutipan sebanyak RM47 juta.
Filem epik yang mencetuskan fenomena ini turut ia dibintangi Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhian, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...