Masih ingat lagi penangan filem Dilwale yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol tahun 2015 lalu?
Sehingga kini lagu-lagu di dalam filem tersebut sering kedengaran dimainkan oleh netizen, malah ada juga di majlis-majlis rasmi.
Kisahnya semalam, pelawak, Syaiful Zero ada memuat naik video di Instagram kononnya ingin mempromosikan ‘Dilwale 2’. Eh?
Rupa-rupanya video tersebut hanyalah parodi semata-mata melibatkan dirinya dan Kamal Adli, sedang menari lagu Gerua.
“Coming soon Dilwale 2! #melaticomelsangat,” tulisnya.
Ternyata video berdurasi 59 saat itu mendapat perhatian peminat dan rata-rata memberikan pujian terhadap ‘tarian’ mereka.
MH sendiri yang melihat video tersebut pun terhibur dengan aksi mereka berdua. Memang lucu dan tampak bersahaja. Apa-apapun, mungkin selepas ini kita boleh menyaksikan lebih lagi kolaborasi antara mereka berdua ni kan?
Foto: Instagram Syaiful Zero & Kamal Adli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI