Penyanyi Ismail Izzani ada memuat naik status yang memberikan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Bagaimanapun, penyanyi Luar Biasa itu tidak memberikan butiran jelas mengenai status tersebut ditujukan kepada siapa.

Katanya, selagi individu tersebut bahagia dan perniagaan mereka bertambah maju, itu adalah sesuatu yang bagus untuk mereka.

Ismail atau lebih mesra disapa Mail itu memuat naik kenyataan tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

https://twitter.com/ismail_izzani_/status/1037334327254704128

IKLAN

“I have my own reason why i keep smiling as long as their happy and as long as their business are doing great then it’s good for them,” tulisnya.

Meski tidak dinyatakan dengan jelas mengapa Ismail memuat naik kenyataan tersebut, namun netizen berpendapat entri tersebut berkait rapat dengan isu bersama pelakon Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff.

Dalam pada itu, rata-rata di ruangan komen memberikan kata-kata semangat supaya Ismail terus bersabar dan belajar daripada kesilapannya itu.

IKLAN

“Asalkan Mereka Bahagia & Perniagaan Mereka Semakin Maju, Itu Sudah Bagus”- Reaksi Ismail Izzani Yang ‘Padu’

IKLAN

“Asalkan Mereka Bahagia & Perniagaan Mereka Semakin Maju, Itu Sudah Bagus”- Reaksi Ismail Izzani Yang ‘Padu’

Tidak mengapa Ismail, tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini kerana semua orang melakukan kesilapan. Semoga dugaan ini akan mematangkan Ismail untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI