“Artis Malaysia Paling Kuat Ciplak Barang Orang & Suami Orang,”- Zarina Anjoulie Dedah Perangai ‘Kuat Ciplak’ Artis Malaysia?

Sejak kebelakangan ini, ramai selebriti tempatan memberikan pandangan mereka mengenai penggunaan barang jenama tiruan.

Namun, lain pula ceritanya dengan Zarina Anjoulie apabila dia mendedahkan, artis Malaysia antara paling banyak menggunakan barang ‘ciplak’.

IKLAN

Ps artis Malaysia la yg paling kuat ciplak barang orang..ciplak design tudung orang. ciplak product orang clone kan. ciplak somi orang semua la ciplak apa yang bole ciplak. Some dah kantoi some mati2 tak ngaku so….

Zarina turut mendedahkan  artis Malaysia bukan sahaja gemar menggunakan barangan ‘ciplak’, malah mereka juga dikatakan suka ‘ciplak’ suami orang.

Tambah Zarina, artis di Malaysia ini akan ‘ciplak’ apa sahaja yang boleh ‘diciplak’ sehingga ada yang sudah kantoi dan ada juga yang bermati-matian tidak mengaku.

IKLAN

Minggu lalu, Zarina dikatakan telah mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan isu lama seorang selebriti.

Foto: Instagram & Carian Google