Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty memuat naik entri terbaru di laman Instagramnya berkaitan dengan kepimpinan negara.

Katanya, dia kesal apabila kerajaan sedia ada mengambil fokus terhadap isu yang salah.

“Apabila BN tidak mentadbir negara. PM ke 7 suruh terima Syiah!!..Bukan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah halal di tangan Syiah ke???

 

“Lama2 lebih membiak Syiah dalam Malaysia ni parahlah!!… Undang2 Syariah sudah mula di pertikaikan oleh mereka2 yang bukan Islam.

 

“Ada pulak usaha2 untuk memurtadkan anak2 bangsa Melayu selepas umur 18 tahun supaya di benarkan!!.. Ada pulak kempen Comango yang menyokong usaha memurtadkan seseorang Islam!!

 

“Kempen Comango juga sangat2 menyokong Lgbt!!.. Orang2 bukan Islam ada yang sudah berani melanggar sensitivity Islam dengan meletak posting2 menghina kesucian Agama Islam. Kenapa Malaysian Malaysia yang di bangga2kan kerajaan Ph rakyatnya makin biadap ya??

 

“Kesah tandas Lgbt pulak yang di kesahkan sangat oleh Menteri Agama!!.. Pusat Tahfiz tak berdaftar terus di arah tutup!!

 

“Kenapa tak di panggil temuduga pengetua pusat Tahfiz tersebut??.. Arahkan daftar secepat mungkin dan bagi dateline tarikh daftar pusat Tahfiznya!!

 

“Tapi kenapa di arah tutup pusat Tahfiz oleh pemimpin bangsa Cina pulak tu??.. Islam Agama Persekutuan lah!!.. Menteri2 tak paham Perlembagaan Persekutuan ke??

 

“Ke provoke buat2 tak paham???.. Mana pemimpin2 beragama Islam dalam Ph tak berbunyi sepatah haram!

 

“Kamu duduk di atas kerusi empuk penuh taik kalau tidak Mempertahankan Agamamu tatkala di hina!!.. Sudahnya??.. 33 orang mati minum arak beracun terlebih acuan!!

 

“Tutuplah kilang arak tu!!.. Ada berani??.. Kenapa Islam dan bangsa Melayu di layan double standard oleh Kerajaan Ph??.. Melayu Pribumi 64% Cina 24% India 7 %.

 

“Lain2 bangsa 5%. Selama ini Perpaduan kaum di jaga harmoni di bawah pentadbiran BN. Kita saling menghormati Agama anutan masing2.. Sekarang apa jadi Kerajaan Ph??.. Jangan ingat saya tak tahu Agenda besar kerajaan kamu.

 

“Orang Islam yang tidak pedulikan politik akhirnya akan dipimpin oleh politik yang tidak pedulikan Islam,” tulisnya kesal.

“Apabila BN Tidak Mentadbir Negara, PM Ke-7 Suruh Terima Syiah!,” – Ellie Suriaty

IKLAN

“Apabila BN Tidak Mentadbir Negara, PM Ke-7 Suruh Terima Syiah!,” – Ellie Suriaty

“Apabila BN Tidak Mentadbir Negara, PM Ke-7 Suruh Terima Syiah!,” – Ellie Suriaty

IKLAN

Sebelum ini, Ellie merupakan antara orang ramai yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Julai lalu sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hinggakan keadaan bertukar menjadi kecoh.

IKLAN

Dia juga berterusan memberikan sokongan terhadap parti pimpinan terdahulu walaupun digelar ‘macai’ oleh sesetengah pihak.

Foto/Instagram: Ellie Suriaty

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI