Beberapa hari lalu kecoh seketika industri seni dengan sebuah kontroversi yang melibatkan pelakon popular, Syafiq Kyle berhubung sebuah video seorang lelaki menunjuk alat sulitnya.

Nama pelakon itu dikaitkan oleh netizen apabila lelaki di dalam video tersebut dikatakan mempunyai iras wajah seperti Syafiq.

Susulan daripada perkara tersebut, rakan-rakan artis telah memberi sokongan dan dorongan kepada Syafiq untuk terus kuat menghadapi dugaan ini. 

Pastinya sebagai selebriti, rakan-rakan yang lain memahami situasi yang terpaksa dihadapi oleh Syafiq.

IKLAN

Pelakon, Noorkhiriah atau lebih mesra dengan panggilan Khiriah juga turut memberi kata-kata semangat buat Syafiq menerusi akaun Instagramnya.

Kata Khiriah kepada Syafiq, dia seharusnya berasa bertuah kerana ALLAH SWT memberi ujian ini kepadanya kerana itu menandakan ALLAH SWT sayang padanya.

IKLAN

“Assalamualaikum Salam Jumaat
Sajalahkan..ni gambar ms mmula sutin #nur dgn Capik..x silap 1 day sutin sc yg ada akak & capik
Harini hari jumaat..hari segala penghulu..jom kita doakan yg bbaik tuk diri kita semua..& in person level hormat capik thadap ssama sendiri sgt tinggi..& anak ni sgt baik..maka apa sj yg tjadi samada betul @ tidak..beruntunglah kerana diuji..itu tandanya Allah sgt syg..kerna beliau sgt disayangi ramai..brgkali Allah tknak beliau tsilap langkah..apa sj yg diuji Allah ambil dr positif side..besar hikmahnya dik..kak #ecah sentiasa support #adam dr belakang wpun dlm drama asik kena leter aje..hbs..kata kakak?
Kita jumpa Isnin ye gais..Lagi panas #NUR..,” tulisnya.

MH setuju dengan pesanan yang diberikan oleh Khiriah kepada Syafiq.

IKLAN

Walau sebesar mana dugaan atau ujian yang diterima pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.

Semoga Syafiq tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini.

Sumber: Instagram Noorkhiriah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI