MH perasan, Zara Zya sekarang rajin juga muat naik entri yang berbaur sindiran ini. Kadang kala apa yang dikatanya itu memang betul kena dengan senario yang berlaku kini.

Kisahnya semalam, Zara sekali lagi memuat naik entri sindiran mengenai ‘plastik’.

“Sekarang ni bukan plastik sampah je warna warni. Manusia plastik pun bukan main ramai lagi. Sampai tak tau nak beza tu manusia ke plastik,” tulisnya.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian MH adalah komen seseorang yang menggelarnya ‘plastik’.

“Kau yang plastik,” tulisnya.

Susulan itu, Zara Zya tidak berdiam diri dan membalas komen individu itu.

IKLAN

“Apa masalah kau dik?” soalnya.

“Apa Masalah Kau Dik,”- Ini Respon Zara Zya Bila Dipanggil ‘Plastik’ Oleh Netizen

Dalam pada itu, individu itu juga turut menerima ‘kritikan’ daripada netizen namun individu itu hanya mengambil langkah berdiam diri dan tidak membalas komen-komen tersebut.

“Apa Masalah Kau Dik,”- Ini Respon Zara Zya Bila Dipanggil ‘Plastik’ Oleh Netizen

IKLAN

Selain individu tersebut, Zara juga ada membalas komen netizen lain yang turut mengkritiknya.

“Apa Masalah Kau Dik,”- Ini Respon Zara Zya Bila Dipanggil ‘Plastik’ Oleh Netizen

“Apa Masalah Kau Dik,”- Ini Respon Zara Zya Bila Dipanggil ‘Plastik’ Oleh Netizen

IKLAN

Woah, nampaknya Zara kini semakin berani membalas komen ‘panas’ netizen. Pada MH ada bagusnya juga jika artis mengambil langkah ini bagi mengelakkan netizen sesuka hati mengata mereka kan?

Dalam pada itu, MH lihat banyak juga komen dimana netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan Zara itu.

“Apa Masalah Kau Dik,”- Ini Respon Zara Zya Bila Dipanggil ‘Plastik’ Oleh Netizen

Apa-apapun, MH harap selepas ini… orang ramai akan berhati-hati bila menulis komen, janganlah jadi keyboard warrior yang hanya berani di dalam media sosial sahaja tapi bila berdepan, pijak semut pun tak mati.

Foto: Instagram Zara Zya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI