Antara tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Oxford dan perjuangannya untuk negara, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk memilih pilihan kedua.

“Antara Cita-Cita Dan Tanggungjawab” – Syed Saddiq Tolak Tawaran Universiti Terulung

Sebelum ini, ikon muda itu pernah menerima tawaran mengikuti pengajian ke Universiti Oxford dalam jurusan Masters in Public Policy tahun lepas dan tawaran tersebut telah ditolaknya.

“Antara Cita-Cita Dan Tanggungjawab” – Syed Saddiq Tolak Tawaran Universiti Terulung

Menerusi akaun Instagram pula, dia memuat naik status yang menyatakan bahawa tahun ini sekali lagi dia berjaya menerima biasiswa bersyarat bagi menyambung pelajaran ke universiti sama buat kali kedua.

IKLAN

“Saya baru menerima emel yang memaklumkan saya terima biasiswa bersyarat daripada Chevening Scholarship untuk menyambung pelajaran saya untuk membuat Masters in Public Policy di Oxford University. Bagi mereka yang mengenali saya, pasti mereka tahu berapa lama saya idamkan tawaran untuk ke Oxford”

 

“Tahun lepas, saya telah menolak biasiswa daripada Oxford/Campuran dan menangguhkan Masters saya disana untuk bersama-sama dalam perjuangan ini untuk rakyat. Now i am confronted with almost the same dilemma.”

 

IKLAN

“It was not an easy journey for me, to choose between my dream and my responsibility.”

 

“For the second time, saya terpaksa menolak sekali lagi kerana saya telah diberikan kepercayaan dan amanat oleh rakyat Muar untuk membawa suara mereka ke Parlimen agar suara mereka didengari malah saya percaya tugas saya lebih besar daripada itu, to help reform and serve the people of Malaysia. To ensure the Youth will always have a strong voice in Parliament.”

 

IKLAN

“Rakyat Malaysia adalah amanah saya dan In shaa Allah saya akan berpegang teguh pada amanah yang diberikan,
Quite painful for me to explain to my parents yang inginkan saya menyambung pelajaran ke Oxford University. Saya faham keinginan mereka sebagai ibu bapa yang ingin melihat anaknya berjaya dalam bidang akademik dan saya sedar sekiranya saya menolak tawaran Oxford kali ini saya tidak akan berpeluang untuk menangguhkan tawaran ini lagi. Tawaran ini akan luput.”

 

“But being in Malaysia, melihat rakyat tanpa mengira kaum dan agama bertungkus lumus membina negara, dari sekecil-kecil sumbangan ke Tabung Harapan ke sebesar-besar memberi cadangan atau pelan yang kritikal dalam pembinaan semula negara. The little things make the biggest differences. Anda semua inspirasi saya”

 

“I am nothing but a servant to my country. I have to put this dream of mine behind. Untuk saya, membina semula negara lebih penting. Suara anak muda mesti bergema di Parlimen. Saya akan pastikan anak muda diwakili sebaik mungkin. Semoga Allah memberkati perjuangan saya. Thank you all who have helped me along this arduous journey. May Allah guide me” tulisnya

Mh ‘tabik’ dengan keputusan dan perjuangan YB. Semoga dapat memberikan inspirasi kepada anak muda lainnya.

Foto : Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI