Penyanyi dangdut, Ani Maiyuni yang sedia diketahui sebagai rakan baik bekas madu Izreen Azminda, Intan Liana Salleh mengakui dia kini makin lega kerana kenalan lamanya itu yang kini sudah boleh berdiri atas kaki sendiri dengan sisi baru di dalam hidupnya sejak bergelar ibu tunggal.

Akui penyanyi lagu Sedap dan Buaya Cinta itu lagi, dia ada menghubungi Intan dan kakaknya beberapa hari lalu bagi bertanya khabar.

“Kalau ditanya mengenai Intan, saya gembira kerana dia sudah move on. Alhamdulillah rezekinya kini kian bertambah-tambah. Ada saja tawaran untuknya melakukan Instagram Review dan tawaran segai model muslimah.

 

“Cuma kalau memerlukannya untuk penggambaran yang serius itu, katanya dia belum berani lagi,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada bintang itu ada memberikannya nasihat berhubung dengan kerjaya baru Intan yang lebih terarah kepada cabang seni, Ani mengakui ada menitipkan nasihat buat wanita itu.

IKLAN

“Saya ada bagi nasihat. Cumanya dia tidaklah masuk industri dengan terlalu serius. Cukup sekadar mencari rezeki buat anak-anak, bayar duit rumah dan kumpul duit untuk beli kereta memandangkan dia bermula dengan ‘kosong’,” jelasnya yang lega dengan perkembangan hidup rakan baiknya itu. 

Dalam perkembangan lain, Ani yang ditemui sejurus selesai pelancaran Reviu Makanan Sempena Ramadan di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Selasa turut berbesar hati kerana turut diberi kepercayaan oleh hotel berkenaan bagi menghiburkan para pengunjung sepanjang Ramadan ini buat kali kelima.

IKLAN

“Tahun ini kali kelima bersama Hotel Royal dan sudah pasti rasa syukur kerana pihak pengurusan tidak jemu memanggil saya menghiburkan tetamu di sini. Buat kesekian kalinya juga, saya bergandingan dengan rakan penyanyi, Kelly Azman.

 

“Selesa bekerja dengannya kerana dia seorang selamba dan mungkin kerana sudah bertahun-tahun bersama membuatkan kami saling serasi. Seperti biasa, tahun ini kami akan sajikan persembahan sarat dengan barisan lagu ketuhanan dan kerohanian, sesuai bagi menghormati bulan penuh kemuliaan,” kongsi Ani yang masih belum merancang untuk mengeluarkan single baru.

Terang Ani, pada fasa sekarang, dia selesa menghiburkan peminat menerusi rangkaian lagu-lagu lamanya.

IKLAN

“Kali terakhir saya rakam lagu ialah Buruanmu, duet bersama Dior sekitar empat tahun lalu. Perancangan untuk rakam single baru itu ada, cuma saya perlukan masa yang paling tepat untuk lahir dengan naskhah terkini,” akhiri Ani optimis. 

https://www.youtube.com/watch?v=c8baw-Zkegc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI