Berita

Andre Mikhail Selamat Dikebumi, Keluarga & Rakan Artis Hadir Beri Penghormatan Terakhir Buat Anak Sulung Amyza Aznan

Share

Anak sulung kepada pelakon, Amyza Aznan, Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada jam 11 pagi.

Kira-kira 200 ahli keluarga, saudara mara dan kenalan terdekat mengiringi perjalanan akhir remaja berusia 23 tahun itu.

Antara rakan selebriti yang turut hadir termasuklah Didie Alias, Bell Ngasri, Shahz Jazle, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Andre tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 10.20 pagi.

Sebelum itu, suasana hiba di tanah perkuburan sejurus sebelum jenazah Allahyarham tiba untuk dikebumikan.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Andre diurus dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah, AU3, Keramat, Kuala Lumpur.

Allahyarham Andre dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terhadir di Hospital Besar Kuala Lumpur pada jam 10.14 malam tadi.

Berita pemergian Andre disahkan oleh Amyza menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada Isnin.

Sekadar informasi, sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Amyza turut sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila anak keduanya iaitu Adrian pula disahkan menghidap kanser tulang.

Published by
Aizam Manaf