Categories: Berita Hiburan

Andmesh ‘Comeback’ Dengan Konsert Paling Emosional Buat Peminat Malaysia, 14 Februari 2026 Jadi Lebih Bermakna!

Share

Penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng bakal kembali menghangatkan pentas Malaysia menerusi konsert penuh jiwa dan emosi ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’, yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14 Februari depan.

Konsert anjuran DTC Entertainment Sdn Bhd ini dijangka menjadi antara persembahan paling berprestij tahun hadapan, seiring populariti Andmesh yang terus meningkat selepas kejayaannya meraih pelbagai anugerah di Indonesia selain lagu-lagunya yang dominan di carta serantau.

Sejak muncul sebagai juara Rising Star Indonesia 2017, Andmesh berkembang menjadi salah satu vokalis paling berpengaruh di Indonesia.

Lagu-lagunya bukan sahaja meraih jutaan penstriman, malah sering tular di Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain di Asia.

Antara hits terbesar yang mengukuhkan namanya termasuk Cinta Luar Biasa ditonton ratusan juta tontonan di YouTube dan menjadi antara lagu cinta paling ikonik rantau ini.

Selain itu, lagu Hanya Rindu, iaitu karya penuh emosi yang menerima anugerah Best Pop Solo Performance di Indonesia juga turut melonjakkan reputasinya.

Lagi lain yang kurang hebat ialah Kumau Dia, Anugerah Terindah, Nyaman dan Jangan Rubah Takdirku antara lagu yang terus membuktikan kekonsistenan Andmesh sebagai penyanyi berbakat besar.

Andmesh bukan nama asing buat peminat muzik di Malaysia dan konsert solonya yang terdahulu turut menerima pujian luar biasa, khususnya kualiti vokalnya yang dianggap ‘tak pernah mengecewakan’.

Konsert Lebih Personal & Sarat Kejutan

Mengulas mengenai penganjuran konsert kali ini, Andmesh menyatakan rasa teruja untuk kembali menyapa peminat Malaysia.

“Malaysia selalu punya tempat istimewa di hati saya. Energi dari penonton di sini selalu luar biasa.

“Konsert Suara Dari Ketulusan Hati ini sangat personal kerana ia membawa perjalanan muzik saya sejak awal hingga sekarang. Saya ingin peminat merasai setiap cerita di balik lagu-lagu saya,” katanya.

Pada masa sama, Andmesh turut menjanjikan susunan muzik yang lebih segar serta kejutan istimewa yang hanya akan dipersembahkan di Malaysia.

Tiket ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati  kini boleh didapatkan melalui laman rasmi Ticket2U dengan kategori berikut;

VVIP (RM1,088), Platinum (RM888), Platinum Wing (RM728), Diamond (RM688), VIP (RM588), Gold (RM458), Diamond Wing (RM488) dan Bronze (RM238).

Untuk zon standing, kategori Silver (RM388) turut ditawarkan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH