Tidak lama dulu, pengarah Erma Fatima berangkat ke Italy bagi menjayakan beberapa projek di sana, termasuk mengarahkan sebuah tele berjudul Di Sebalik Kasyafmu.

Difahamkan, antara pelakon utama yang bakal menjayakan telemovie berkenaan ialah Janna Nick.

Menerusi posting Erma di Instagram, pengarah dan penerbit berkaliber ini ada menitipkan suatu nota khas buat sesetengah peminat yang selama ini agak pesimis dengan kredibiliti Janna sama ada dalam lakonan dan nyanyian.

Tulis Erma, dia tahu kenapa dan mengapa pelakon muda itu menggunakan anugerah yang dianugerahkanNya dalam industri seni.

“KALIAN kata dia tak pandai nyanyi. KALIAN kata dia bukan PELAKUN HEBAT. Takpe..kalian bebas berkata memberi pendapat tanpa perlu bayar apa-apa.

IKLAN

“AKU tahu KENAPA dan MENGAPA dia menggunakan peluang yang Allah berikan ini untuk dia berada di dalam industri ini dan aku melihat dia dari jiwa aku.

“Seorang anak kecil yg NAKAL dan GILA, menjadi HERO didalam keluarganya..mencari rezeki menyara keluarga dari hasil nyanyiannya yg kalian kata tk sedap itu..dari lakunan yg kalian kata tak bagus itu,” kongsi Erma.

IKLAN

Pada masa sama, dia turut bangga dengan penyanyi Akan Bercinta itu yang disifatkannya sebagai seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.

View this post on Instagram

KALIAN kata dia tak pandai nyanyi….. KALIAN kata dia bukan PELAKUN HEBAT… Takpe..kalian bebas berkata memberi pendapat tanpa perlu bayar apa-apa… AKU tahu KENAPA dan MENGAPA dia menggunakan peluang yang Allah berikan ini untuk dia berada di dalam industri ini. DAN aku melihat dia dari jiwa aku..seorang anak kecil yg NAKAL dan GILA.. menjadi HERO didalam keluarganya..mencari rezeki menyara keluarga dari hasil nyanyiannya yg kalian kata tk sedap itu..dari lakunan yg kalian kata tak bagus itu.. ITULAH PERTARUHANNYA DALAM HIDUP.. Aku BANGGA kerana dia seorang ANAK yg baik dan bertanggungjawab. Dalam waktu yg sama aku juga nak MEMPERTARUHKAN telemovie aku ini DISEBALIK KASYAF MU…untuk ku buktikan bahawa anak GILA @jannanick ini seorang pelakun yg HEBAT ! #disebalikkasyafmu

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

IKLAN

“ITULAH PERTARUHANNYA DALAM HIDUP.. Aku BANGGA kerana dia seorang ANAK yg baik dan bertanggungjawab.

“Dalam waktu yg sama aku juga nak MEMPERTARUHKAN telemovie aku ini DISEBALIK KASYAF MU…untuk ku buktikan bahawa anak GILA @jannanick ini seorang pelakun yg HEBAT,” akhirinya menerusi posting video di IG.

Selain Janna, turut sama mengikuti rombongannya ke Italy ialah Datin Umie Aida, Remy Ishak, Syafiq Kyle dan ramai lagi.

Foto: Instagram Erma Fatima/Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI