Categories: Hiburan

Anak Tiara Jacquelina & Arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Kini Selamat Bergelar Isteri

Share

Anak kepada pelakon tersohor  Puan Sri Tiara Jacquelina dan arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Mohsin, selamat melangsungkan akad nikah dalam satu majlis tertutup pada Khamis lalu.

Hani Karmila, atau lebih dikenali sebagai Mila, disatukan dengan jejaka pilihannya, Abang Saef Hud dalam suasana sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat serta kenalan rapat.

Sempena hari perkahwinannya itu, Hani Karmila memilih jurusolek terkenal, Khir Khalid untuk merias rapi wajahnya. Manakala busana kebaya moden penuh renda yang digayakannya pula merupakan rekaan pereka fesyen, Afiq M.

Menariknya, warna jingga dipilih sebagai tema utama perkahwinan pasangan ini.

Daripada busana keluarga, rakan terdekat dan bridesmaid, sehinggalah ke dekorasi pelamin dan hantaran, semuanya diseragamkan dalam rona jingga lembut yang mencerminkan aura ceria dan klasik berpadu moden.

Beberapa momen istimewa termasuk majlis akad nikah, makan beradab dan acara memotong pulut kuning turut dikongsikan sendiri oleh Hani Karmila menerusi Insta Story.

Mewarisi bakat kedua ibu bapanya, pelakon berusia 31 tahun itu kini aktif dalam dunia seni dan baru sahaja muncul sebagai pelakon dalam filem Laknat

yang ditayangkan pada Jun lalu.

Selain itu, Hani Karmila juga cemerlang dalam bidang sukan apabila pernah mewakili negara dan memenangi pingat emas bagi kategori 58 kilogram dalam seni bela diri Jujitsu di Kejohanan Terbuka Antarabangsa Singapura.

Imbas kembali, Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006 akibat serangan jantung di LCCT. Ketika itu beliau dalam perjalanan untuk melancong ke Langkawi bersama anak tunggalnya ini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA