Baru-baru ini, topik mengenai ada pasangan yang sanggup berhutang demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan yang mewah telah menjadi perbualan hangat di laman media sosial.

Pelakon, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta sempat memberikan kata-kata nasihat dan pendapat mengenai perkara tersebut.

Kongsi Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar berkata majlis perkahwinan sepatutnya diadakan dengan secara bersederhana dan bebas dari segala hutang.

“Skrg ni tgh hangat isu berqutang sb nak kawen , anak dh selori hutang kawen tak habih lagi, Adoiiiiii masalah ni bukan setakat tepuk daie, baik p hantuk kepala kt dinding buang !

“Kalau dh sblm kawen pun tk dak duit, apatah lagi bila dh beqanak pinak … lambat lagiiiiiii boleh bayaq hutang! Ukur baju di badan sendiri !

IKLAN

“Sepatutnya buat apa yg termampu ja.. bukan majlis perkahwinan yg gilang gemilang yg di tuntut, tp kehidupan selepas tu yg perlu dititik berat kan ..

“Kalau mampu tk pa, buat la 14 haqi 14 malam pun .. tp kalau mas kawen 22 henggit pun share, takut lepaih beceqai dok ungkit plk , seluaq dalam selai pun laki tk penah beli lol ..

“Sapa yg dok pikiaq2 nk kawen , jgn sampai mcm tu na..Tanggung jwab lelaki biaq depa pikui .. biarpun sederhana .. .

IKLAN

“Ni kami kt majlis kawen di jelebu , walaupun perkahwinan ni sederhana saja, tk pakai catering , masak rewang ttp meriah dan yg penting Letuppppp pelamin depa ,” tulisnya.

View this post on Instagram

Skrg ni tgh hangat isu berqutang sb nak kawen , anak dh selori hutang kawen tak habih lagi .. Adoiiiiii masalah ni bukan setakat tepuk daie, baik p hantuk kepala kt dinding buang ! Kalau dh sblm kawen pun tk dak duit, apatah lagi bila dh beqanak pinak … lambat lagiiiiiii boleh bayaq hutang! Ukur baju di badan sendiri ! Sepatutnya buat apa yg termampu ja.. bukan majlis perkahwinan yg gilang gemilang yg di tuntut, tp kehidupan selepas tu yg perlu dititik berat kan .. Kalau mampu tk pa, buat la 14 haqi 14 malam pun .. tp kalau mas kawen 22 henggit pun share, takut lepaih beceqai dok ungkit plk , seluaq dalam selai pun laki tk penah beli 😜 lol .. Sapa yg dok pikiaq2 nk kawen , jgn sampai mcm tu na.. Tanggung jwab lelaki biaq depa pikui .. biarpun sederhana ..😘 . . Ni kami kt majlis kawen di jelebu , walaupun perkahwinan ni sederhana saja, tk pakai catering , masak rewang ttp meriah dan yg penting Letuppppp pelamin depa . . 👗 @prelovedbyrcw . SHAWL RUFFLE LETUPPPPP @rcwscarves

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Lantas, perkongsian pelakon yang berusia 46 tahun ini mendapat perhatian daripada peminat.

IKLAN

Rata-rata peminat memuji kata-kata nasihat yang disampaikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.

“Anak Selori Hutang Kahwin Tak Habis Lagi,”- Che Ta

Semoga apa yang dikongsi oleh Che Ta yang bermanfaat ini boleh dijadikan panduan kepada semua.

Foto : Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI