Mungkin bagi sesetengah orang, ‘gelombang King Coco’ kurang menyegat sebagaimana beberapa tahun sebelum ini. Namun apabila dikhabarkan bintang insta ini sudah pun bersalin anak lelaki beberapa bulan lalu, namanya kembali menjadi buah mulut ramai.
Rata-rata tidak sabar mahu menatap wajah anak lelaki Coco hasil perkongsian hidup bersama suaminya,yang dikenali sebagai Captain Azrin.
MH difahamkan, anak lelaki sulung pasangan ini telah dilahirkan awal November lalu di sebuah hospital swasta di ibu kota.
“Anak Kami, Mateen Sudah Pun Pandai Senyum…” – Respond King Coco Fasal Anak
Menerusi ig story Coco sendiri, dia dilihat cukup galak memuat naik potret anak lelakinya itu. Bagaimanapun, wajah anaknya terpaksa ditutup dengan ‘sticker’ emoji atas permintaan suami.
“Belum boleh paparkan wajah anak atas permintaan suami,” katanya ringkas kepada MH. 
Melihat kepada pesonanya sebagai ibu muda yang jelas terpancar, kami tanya apakah perasaannya apabila bergelar ibu pada fasa sekarang? Kongsi Coco, dia rasa berbangga dan seronok bergelar ibu.
“Anak Kami, Mateen Sudah Pun Pandai Senyum…” – Respond King Coco Fasal Anak
“Alhamdulillah, rasa gembira kerana apabila kita bangkit dari tidur, ada dua individu yang disayangi ada di sisi. Anak kami, Mateen sudah pun pandai senyum dan kadang-kadang bila tengok dia senyum dan ketawa pun sudah rasa happy. Penat semua hilang. Betullah orang kata, keletah anak akan hilangkan semua rasa penat.
“Saya sebenarnya seorang yang mementingkan kualiti tidur. Bagaimanapun, bila sudah ada anak, kualiti tidur itu agak ‘terganggu’. Kalau sehari dapat tidur tiga atau empat jam pun sudah rasa bertuah. Apa pun, saya okay saja sebab bila mengantuk, tatap wajah anak rasa lega dan tak ada masalah.Ya, secara tidak langsung menjaganya boleh pupuk kita untuk jadi seorang yang lebih penyabar,” akui Coco yang sudah merancang mengenai masa depan anak meski Mateen masih bayi.
“Anak Kami, Mateen Sudah Pun Pandai Senyum…” – Respond King Coco Fasal Anak
“Macam-macam mahu beli even anak masih belum boleh pakai lagi dan pada masa sama, saya sudah rancang masa depannya meski usia Mateen belum cecah dua bulan. Kami sudah fikir soal pengajian anak dan syukur, suami pun banyak membantu menjaga Mateen. Biar dia sudah mempunyai anak sebelum ini, namun layanan terhadap Mateen tetap sama,” akhiri Coco jujur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI