
Khabar duka melanda keluarga Zaquan Adha dan Ayu Raudhah apabila anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, dilaporkan meninggal dunia pada petang Selasa.
Perkhabaran itu dimuat naik sendiri oleh Zaquan Adha dalam satu hantaran di InstaStory.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees bin Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi,” kongsinya ringkas.
Selain itu bekas pemain bolah sepak kebangsaan ini turut memohon orang ramai mendoakan agar mereka diberi kekuatan.
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” tulisnya lagi.
BACA JUGA: Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Ke-6, Zaquan Adha Ucap Terima Kasih
BACA JUGA: Hantaran IG Story Rita Rudaini Dikatakan Fitnah, Zaquan Adha Buat Laporan Polis
Punca kematian anak ketujuh mereka itu walau bagaimanapun tidak dikongsikan lebih lanjut.
Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada tanggal 2 Ogos 2024 dan kini baru sahaja memasuki usia enam bulan.
Imbas kembali, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah mendirikan rumah tangga lebih 14 tahun lalu pada 21 Januari 2011.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan