Anak kepada pelakon dan penceramah yang juga komposer, Bob Lokman iaitu Mohamad Adam  Mohd Hakim Lokman dilaporkan telah meninggal dunia sekitar jam 1.00 pagi tadi selepas rebah di beranda kediamannya di Sungai Buloh.

Menerusi entri di Instagram (IG), pelakon Adam Hamid Jarnail, catatan yang dikongsi Ustaz Dr Riduan Md Noor antara lain menyifatkan Allahyarham sebagai seorang anak yang taat serta suka berbakti kepada keluarga.

IKLAN

“Inna lillahi wa inna ilaihi roo’jiun. Pergimu di Pagi Jumaat yang penuh kemuliaan. Telah kembali ke Rahmatullah anakanda kepada abang Bob Lokman @bob_Lokman (penulis lirik/komposer/pelakon/pendakwah)

“Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman (25 tahun) rebah diberanda rumahnya di Saujana Akasia Sg Buloh, sekitar jam 1 pagi tadi – Jumaat 24 Muharram 1440H – 5/10/2018. Adam anak yang sangat baik, menjaga abg Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya,” maklumnya.

Difahamkan, solat jenazah akan dilakukan di Masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh selepas solat jumaat.

IKLAN
IKLAN
View this post on Instagram

Inna lillahi wa inna ilaihi roo'jiun Pergimu di Pagi Jumaat yang penuh kemuliaan #HusnulKhotimah Telah kembali ke Rahmatullah anakanda kepada abang Bob Lokman @bob_Lokman (penulis lirik/komposer/pelakon/pendakwah) Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman (25 tahun) rebah diberanda rumahnya di Saujana Akasia Sg Buloh, sekitar jam 1 pagi tadi – Jumaat 24 Muharram 1440H – 5/10/2018 Adam anak yang sangat baik, menjaga abg Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya. Masih terbayang2 senyum dan ketawa kecilnya , menyuap makanan pada ayahya di hospital. Mereka berdua terlalu rapat, Adam sentiasa menemani ke merata tempat mengikuti program dakwah Abg Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, menyambangi seluruh Negara Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor. Solat jenazah Adam akan di lakukan di Masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat jumaat. Saya (Ustaz Dr Riduan Md Noor) mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman2 untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti kepada keluarga. Ya Allah tempatkanlah Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman dikalangan orang-orang soleh. Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu Aminnn aminn aminn Ya Rabbal Alamin Catatan – Ustaz Dr Riduan Md Noor

A post shared by Adam Hamid (@adamhamidjarnail) on

“Masih terbayang2 senyum dan ketawa kecilnya , menyuap makanan pada ayahya di hospital. Mereka berdua terlalu rapat, Adam sentiasa menemani ke merata tempat mengikuti program dakwah Abg Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, menyambangi seluruh Negara

“Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor. Solat jenazah Adam akan di lakukan di Masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat jumaat.

“Saya (Ustaz Dr Riduan Md Noor) mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman2 untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti kepada keluarga. Ya Allah tempatkanlah Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman dikalangan orang-orang soleh.

“Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu. Aminnn aminn aminn Ya Rabbal Alamin. Catatan – Ustaz Dr Riduan Md Noor,” tulisnya. 

 Takziah buat Bob Lokman sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Mohamad Adam Mohd Hakim Lokman tempatkan di kalangan orang-orang soleh.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI