Anak Anggota Kumpulan XOXO, Chot Derita Penyakit Injap Jantung Terbalik

Situasi tidak terduga menimpa Chot yang juga merupakan anggota kumpulan lawak, XOXO apabila anaknya, disahkan mengalami masalah injap jantung terbalik. Chot atau nama sebenarnya, Hazmeer Hassan memaklumkan berita tersebut menerusi Instagram.

Difahamkan, anaknya yang masih kecil itu perlu menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara, melibat kos sekitar RM18,000.

Menganggap apa yang berlaku sebagai ujian, pelawak ini turut merakam rasa terima kasih buat semua oihak yang membantu.

IKLAN

“Ini adalah ujian saya , dan rawatan pembedahan fasa pertama buat anak saya yang ada 3masalah dlm jantung , dimana pembedahan juga berperingkat satu demi satu.. pada masa yang sama saya juga sedang usahakan untuk dapatkan harga rawatan yg sebenar selepas rayuan nanti.

 

“Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu walau kita saling kenal , kawan2 serta sahabat2 semua , dan ada yg kite xpernah kenal apa yang saya boleh kata , hanya allah dengan kekuasaannya yang mampu balas budi anda semua.

 

“Semoga baby saya akan sembuh dan sehat di atas keprihatinan masyarakat di malaysia,”tulisnya.

Rata-rata peminat memberikan semangat dan berdoa agar semua kesulitan dipermudahkan.

View this post on Instagram

salam semua.. alhamdulillah.. ini adalah ujian saya , dan rawatan pembedahan fasa pertama buat anak saya yang ada 3masalah dlm jantung , dimana pembedahan juga berperingkat satu demi satu.. pada masa yang sama saya juga sedang usahakan untuk dapatkan harga rawatan yg sebenar selepas rayuan nanti. Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu walau kita saling kenal , kawan2 serta sahabat2 semua , dan ada yg kite xpernah kenal apa yang saya boleh kata , hanya allah dengan kekuasaannya yang mampu balas budi anda semua.. semoga baby saya akan sembuh dan sehat di atas keprihatinan masyarakat di malaysia.. #injapjantung #sherharraz #chotloteh #pemberitahuan #terimakasihsemua

A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on

IKLAN

Foto: Instagram Chot XOXO