Kebelakangan ini, penampilan penyanyi dangdut, Amelina dilihat lebih bersahaja dan bagai seiringan dengan kematangannya dalam industri. Malah, penampilan penyanyi berusia 45 tahun ini turut dipuji ramai.

Apatah lagi laman Instagramnya juga kini diperbaharui, ibarat memberi signal Amelina yang serba baru kini bersedia untuk kembali menghangatkan industri seni.

Ditanya mengenai perkata itu, Amelina yang cukup sinonim menerusi lagu Ah Rindu Lagi dan Asyik ini mengakui apabila sudah berada di bawah pengurusan baru, setiap apa yang dilakukan berkaitan seni adalah hasil perbincangan bersama demi kebaikan semua pihak.

“Anak-Anak Okay, Mak Lagilah Suka,” – Ini Reaksi Keluarga Amelina Bila Tampil Ringkas, No More Rambut Blonde

IKLAN

“Apabila berada di bawah pengurusan baru iaitu Mind Order Management kini, kami sama-sama berbincang untuk membina suatu imej baru yang dirasakan lebih segar selain bersesuaian dengan imej. Saya okay sahaja apatah lagi ini pun demi survival dalam kerjaya. Tampak lebih berketrampilan dan lebih sesuai,” katanya kepada MH.

Menyifatkan dirinya ibarat ‘hilang arah’ kerana terlalu mengejar trend ketika melakukan comeback beberapa tahun lalu, Amelina mengakui perubahan imej ini turut memberi impak tersendiri buat keluarganya.

“Kalau dulu, saya seolah-olah hilang arah. Masakan tidak, selepas 15 tahun dan kita kembali untuk melakukan comeback, ingat masa tu umur kita masih 20a-an kan. Jadi saya terkejar-kejar trend. Bila tengok gambar lama saya cakap ‘matilah nak’. Sebab kalau nak diikutkan, saya warnakan rambut pun supaya untuk nampak lebih menonjol dan yakin. Tapi rasanya, gaya ini lebih sesuai sekarang,” kongsi Amelina yang turut menerima pandangan tersendiri daripada ibu dan anak-anaknya.

 

“Anak-anak okay. Mak saya lagilah suka. Kata mereka mommy tampak cantik bila rambut hitam. Bukan dulu tu tak cantik, dulu tu kira macam trend yang in pada masa tu. Jadi saya pun cubalah ikut. Sebagai penyanyi saya pun kenalah peka dengan fesyen dan perkembangan semasa.

 

Yang penting, Amelina masih sama saja macam dulu. Cuma bila rambut sudah kembali asal ni, kita pun kenalah jaga juga kalau tidak nanti rambut rontok keluar ye,”selorohnya. 

“Anak-Anak Okay, Mak Lagilah Suka,” – Ini Reaksi Keluarga Amelina Bila Tampil Ringkas, No More Rambut Blonde

Terdahulu, Amelina ditemui pada majls Amelina ditemui di majlis Sidang Media Konsert Fenomena D’Pop di KACH’e Wedding & Event Space, Shah Alam.

IKLAN

Selainnya, konsert yang bakal dijayakan pada 28 September ini turut menampilkan Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nasir Wahab, Rohana Jalil, Zureda, Haiza, Siti Nordiana, Zamani dan Datuk M Daud Kilau.

Foto: Instagram Amelina

IKLAN

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI