Nampaknya Hot Fm akan kembali riuh dan penuh gelak tawa. Pastinya rakan setugas  juga gembira dengan kehadiran kembali pengacara, Ammar Abu Hassan di konti radio hangat itu.

Terdahulu, nama Ammar sedikit tercalar setelah digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Ammar, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan dia bersama dua orang rakan karibnya.

Ingin beriklan bersama kami di @hotfm976? Layari radiorsvp.com #Jamhot #hotfm #mprn

A post shared by AzizulAmmarAbuHassan (@armadaammar) on

IKLAN

Dia yang mula bertugas pada Isnin menerusi segmen Jam Hot bersama dua orang penyampai iaitu Deen dan Issey.

Ruangan komen di instagramnya juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen ‘welcome back’. Malah ada juga mendoakan pengacara itu dimurahkan rezeki.

Ammar Titan Kini Kembali Ke Konti

IKLAN

Rata-rata pengikutnya gembira dengan kedatangannya semula ke konti radio tersebut.

Ammar juga kini bahagia bersama isteri tercinta, Nur Amalina Jamil yang dikahwini satu April yang lalu.

IKLAN

Ammar Titan Kini Kembali Ke Konti

MH Online pasti Ammar kini semakin matang dalam berbicara dan tabah mengharungi pelbagai cabaran dalam industri seni.

Pasti ketentuan dan perancangan dari Yang Maha Esa adalah yang lebih baik dan sempurna.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI