Berita

Ammar Ahyan ‘Tag-Team’ Dengan Aliff Syukri Buat ‘Live’ Jual Barang Hingga Viral – “Saya Tak Selesa Tapi…”

Share

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah berhenti percaya pada potensi anak sulungnya, Ammar Ahyan, yang kini menginjak usia 17 tahun.

Meskipun Ammar seorang anak yang bijak tapi pendiam, namun Aliff tetap sabar dalam proses mencurahkan ilmu perniagaan kepada anaknya demi memastikan legasi keluarga dapat diteruskan.

Sebagai abah, Aliff tahu bukan mudah untuk mendidik anak-anak dalam dunia bisnes tapi dia optimis terus memberi peluang, menunjuk jalan dan membimbing selagi termampu. Bukan hanya untuk Ammar, tetapi juga buat lima lagi anaknya.

Tak Selesa Tapi Mahu Jadi Anak Terbaik!

Malah bagi Ammar, sebagai anak dia cuba untuk memenuhi kehendak kedua orang tuanya dan percaya itu adalah yang terbaik.

“Saya tak berapa selesa. Akan tetapi saya percaya abah cuba dan mahu ajar saya jadi orang yang lebih bagus untuk ke depan.

“Ia juga adalah untuk kebaikan saya juga pada masa depan. Jadi saya ikut dan okay saja,” katanya.

Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya bersama adik, Yusoff AlQardawi di GlamHall Damansara, baru-baru ini.

Apa pun, ramai terhibur melihat gelagat ‘duo’ ini bila ‘live’ berniaga di medsos. Di sebalik usikan dan perbezaan karakter, terserlah kasih sayang seorang ayah yang mahu melihat anaknya terus berdiri.

Bukan atas nama kemewahan semata, tetapi atas usaha dan nilai yang ditanam sejak kecil. Benarlah… kasih bapa sepanjang masa!

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah berhenti percaya pada potensi anak sulungnya, Ammar Ahyan, yang kini menginjak usia 17 tahun. Meskipun Ammar seorang anak yang bijak tapi pendiam, namun Aliff tetap sabar dalam proses mencurahkan ilmu perniagaan kepada anaknya demi memastikan legasi keluarga dapat diteruskan. Sebagai abah, Aliff tahu bukan mudah untuk mendidik anak-anak dalam dunia bisnes tapi dia optimis terus memberi peluang, menunjuk jalan dan membimbing selagi termampu. Bukan hanya untuk Ammar, tetapi juga buat lima lagi anaknya. Apa pun, ramai terhibur melihat gelagat ‘duo’ ini bila ‘live’ berniaga di medsos. Di sebalik usikan dan perbezaan karakter, terserlah kasih sayang seorang ayah yang mahu melihat anaknya terus berdiri. Bukan atas nama kemewahan semata, tetapi atas usaha dan nilai yang ditanam sejak kecil. Benarlah… kasih bapa sepanjang masa! 🥹♥️ #MHnews
#MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
MH