‘Amboi Sakan Berjalan…’ – Abby Abadi Kongsi Update Terkini Anak Di Luar Negara

Bukan mudah ibu bapa nak berjauhan dengan anak-anak tapi saat melihat betapa gembiranya anak dapat merealisasikan impian, secara tak langsung tentu ibu bapa akan tumpang gembira juga kan?

Semalam, pelakon, Abby Abadi ada berkongsi perkembangan anaknya, Mohamed Danish Hakim, 15 yang kini berada di Turki bagi melanjutkan pengajian dalam bidang hafazan.

“Amboi sakan dpt berjalan harini ye Abang @danishhakim_243,” tulisnya.

IKLAN

“Jaga diri Abang. Beringat selalu. Jalan dengan siapa pulak hari ni? Mcm pelik je hari biasa dapat gi berjimba?

“Hehe.. hihi.. Pastu tak pernah melekat kawan-kawan dia. Tiap-tiap kali keluar dengan kawan lain-lain. Ada tanya aritu. ‘Entahlah Ma. Abang nak baik dengan semua org, tak kisah apa bangsa pun,” ceritanya.

Dalam pada itu, Abby turut berkongsi ‘screenshot’ Whatsapp mengenai perkembangan pengajian anaknya di Turki.

“Dapat juga khabar dari group whatspp hari ni. Alhamdullillah…Danish terus kuat dijalanNYA. Semoga kekal hingga ke akhir nyawa abang.

“Hidup ini ‘Perjuangan’. Jangan sia-sia kan. Berjuanglah selagi hayat dikandung badan . Mama Abah dah tua nnti jaga tau,” tulisnya lagi.

IKLAN

Alhamdulillah, seronok MH baca perkembangan Danish yang dikongsi oleh Abby, MH doakan semoga dia dapat menghabiskan pengajiannya.

sumber: IG Abby Abadi