Hubungan ‘teman tapi mesra’ antara Jaa Suzuran dan Melissa Th’ng sering mendapat perhatian kerana telatah bersemut mereka.
Misalnya baru-baru ini, Melissa ada memuat naik video bersama pengacara itu yang sedang menyanyikan lagu South of the Border nyanyian Ed Sheeran bersama Camila Cabello dan Cardi B.
“So obsessed with this song lahh.. It’s called South of the Border (Ed Sheeran @teddyphotos feat. Camila Cabello & Cardi B),” tulisnya.
Anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly, Uzair Haqimy ada memuat naik sekeping foto bersama seorang pelakon wanita di Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut merakamkan mereka bergambar rapat sedondon mengenakan persalinan gelap.
Pelakon dan pengacara, Lufya Omar mengejutkan ramai apabila dia memuat naik status di Instagramnya awal semalam.
Kongsi bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-6 ini, suaminya, Che Muhammad Hafiz didakwa telah ‘lari’ menunaikan tanggungjawab selama tiga bulan berturut-turut.
“Follow.. unfollow..blocked? Follow.. unfollow.. blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke?
“Lari dari tanggungjawab sehingga masuk 3 bulan setengah berturut-turut. Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada!,” tulisnya.
Malah, Lufya akui bahawa dia sudah lama bersabar dengan sikap suaminya itu.
“Dah cukup lama aku bersabar. Dah cukup lama aku dianiaya! Fitnah isteri kat keluarga macam2 just to cover ur BIG MISTAKES.
“Enough is enough. Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri. Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita2 nak jadi isteri solehah sesukar ini cobaanya.
“Kesabaran aku diduga terlalu lama. Sejak 3bulan kita berkahwin u dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. Kesalahan itu kau ulang sehingga 6x!
“Aku diam.. aku diam.. aku diamm sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi. Luka kat badan tak sesakit luka kat dalam hati ni. Tqsm,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberi sokongan kepada ibu beranak satu ini.
Terdahulu, pasangan ini mencetuskan kontroversi apabila dikatakan tidak sehaluan pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, Lufya menafikan perkara tersebut.
Imbas kembali, Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura yang kini berusia 1 tahun 10 bulan.
Foto : Instagram Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah 12 tahun tidak muncul di kaca televisyen untuk membuat persembahan, Naqiu (vokalis kumpulan Boboy) akan bersaing dalam program realiti fenomena, Gegar Vaganza 6 (GV6).
Episod pertama bermula 13 Oktober ini.
Naqiu,33, bagaimanapun akui sedikit gementar kerana sudah lama tidak beraksi di pentas secara live di kaca televisyen.
“Saya berdebar juga sebenarnya sebab saya akan bertanding satu pentas dengan idola saya iaitu abang Roy (Roy) dan abang Jatt (Black Dog Bone).
“Sesiapa sahaja yang akan satu pentas dengan idola masing-masing, terutama dalam pertandingan macam ini akan rasa sesuatu yang lain, misalnya kita dah rancang nak buat macam ini, tapi lain pula jadinya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, bintang ini ditemui di The Gardens Theatre, The Gardens Mall, Mid Valley baru-baru ini sejurus sesi pengenalan peserta GV6.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Wan Naqiuddin Mohd Najib ini akan membuat persembahan sebaik mungkin,meski menyanyi secara solo.
“Saya tak pernah buat persembahan secara solo dan saya akui saya sedikit kekok.
“Insyallah, saya cuba buat yang terbaik dan satu pembaharuan dalam diri saya,” kongsi Naqiu.
Menurutnya lagi, dia sebelum ini pernah menerima tawaran GV sebelum ini.
“Sebenarnya saya dah dapat tawaran program ini pada GV musim ke-4 tapi saya tolak kerana saya belum bersedia dan saya tak mahu keluar dalam kaca TV lagi ketika itu.
“Kali ini saya yakin untuk masuk program ini kerana saya telah dipujuk oleh seorang kenalan yang dalam industri ini juga,” akuinya sambil tidak mahu mendedahkan identiti individu tersebut.
GV 6 mempertaruhkan barisan penyanyi profesional seperti Sham (Visa), Jatt (Black Dog Bone), Roy, Ameer (Sofazr), Hady Mirza, Naqiu (Boboy), Wann, Mazleela, Feeza, Noorshila Amin, Nurfatima, Kool, dan One Nation Emcess.
Program ini bakal bersiaran di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 13 Oktober ini yang masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse sebagai pengacara.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...