Tidak lama lagi pasangan suami isteri yang juga merupakan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal menimang cahaya mata yang pertama.

Pastinya dalam menyambut kelahiran anak sulung mereka ini perasaan teruja dan gembira sentiasa dirasai oleh mereka berdua.

Terbaru di akaun Instagram milik Amar, dia ada berkongsi sebuah gambar baby bump Amyra yang nampaknya sudah semakin membesar.

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Menerusi ruangan kapsyennya pula Amar menulis;

IKLAN

“amarbaharinHappiness is on the way ❤,” tulisnya.

Rata-rata peminat dan pengikut Amar di Instagram telah meninggalkan kata-kata positif dan doa buat Amyra yang tidak lama lagi bakal melahirkan anak sulung mereka berdua.

kak_yus23: Semoga diberi kesehatan selalu buat kak @aamyrarosli dan baby dalam perut tu hingga kelahiran nnti. Allah yahfadz @amarbaharin @aamyrarosli ❤❤

sue_azham1071: Semoga diberi kesihatan selalu disepanjang kehamilan @amyrarosli dan bby dlm perut tu..Dan semoga dipermudahkan ibu dan baby ini, for you amyra take good care yourself ok and your baby

IKLAN

suraidah88: Semoga baby dlm kandungan dan ibunya sihat hendaknya..aminn @aamyrarosli

Ada juga yang mengusik Amar supaya jangan membuat kesilapan seperti kes yang sedang hangat ketika ini.

Amar Baharin Kongsi Gambar Baby Bump Amyra Rosli

IKLAN

Dikesempatan ini kami di MH Online juga mendoakan agar kesihatan Amyra dan bayi di dalam kandungannya sentiasa dalam keadaan baik dan semoga dipermudahkan segala urusan saat melahirkan nanti.

Terdahulu, Amar dan Amyra telah menamatkan zaman bujang mereka pada November tahun lalu dan selamat menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Hotel Premiera dan dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan teman-teman rapat Amar dan Amyra.

Sumber: Instagram Amar Baharin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI