Categories: Berita Hiburan

“Allah SWT Sebaik-Baik Perancang,” – Bella Astillah & Syed Sah Tunang Petang Ini, Ramai Peminat Titip Doa, Rakan Artis Tumpang Syukur

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, yang bakal mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.

Berita gembira tersebut diumumkan menerusi satu hantaran terkini mereka menerusi Instagram.

“I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.

“Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.

“Allah SWT sebaik-baik perancang,” tulis Syed Saddiq pada ruang kapsyen.

Reaksi Peminat & Rakan Artis

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa yang baik serta meluahkan rasa gembira terhadap pengumuman tersebut.

Malah, ada di antara rakan artis yang turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan, antaranya:

“Alhamdulillah,” kongsi Siti Nurhaliza ringkas.

“I wanna cry,” respon Nora Danish.

“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke syurga, Bella sayang. Happy for you,” tulis Mira Filzah

.

“May Allah SWT blessed and ease everything for you both today, tomorrow dan the days to come… amin,” respon Fazura pula.

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq secara eksklusif di Astro menerusi platform digital Astro mulai jam 2 petang.

Anda juga boleh menonton secara langsung majlis pertunangan ini di Astro Ria dan Astro AWANI bermula jam 3.30 petang ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH