Penyanyi dangdut senior, Mas Idayu ada memberi kata-kata nasihat buat pengikutnya menerusi laman media sosial Instagram.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini ada memberikan titipan, adalah sangat bagus jika mengamalkan sikap positif dalam diri seperti sentiasa memberi senyuman.

“Mulakan hari anda dengan senyuman walau terkadang senyuman itu palsu.

“Didik hati dan minda kita agar sentiasa bersih, ada kala kita kurg sedar bahawa tingkah laku kita sudah lama di perhatikan dan menjengkel kan orang,” tulis penyanyi Robek Hatiku ini.

IKLAN

Pada masa sama, penyanyi berusia 48 tahun ini menyarankan agar semua terdidik dengan sifat bersyukur.

“Belajarlah bersyukur kerana kita berada di lingkungan org baik2, Allah sentiasa beri kesempatan pada kita untuk bernafas, bersyukur dapat hidup sihat, dapat tempat berteduh, dapat rezeki Allah.

IKLAN

“Jadi motivasi pagi hari ini utk kita sama2 ingat mengingati betapa pentingnya syukur!

“Aku bersyukur padamu Allah masih diberikan nafas, sihat, sujud padamu. Sekian kuliah pagi dari saya masidayu1001,” tulisnya lagi.

IKLAN

Sekadar informasi, Mas atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun dilahirkan pada 10 Januari 1072 dan telah bergiat aktif dalam karier nyanyian pada tahun 1991.

Foto: Instagram Mas Idayu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI