Categories: Berita Hiburan

Aliff Syukri Capai Jualan Beg Terpantas Dalam Sejarah, Kaut RM1 Juta Dalam 2 Minit 32 Saat!

Share

Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya meraih jualan live streaming terpantas bernilai RM1 juta menerusi platform TikTok Shop, malam tadi.

Pencapaian luar biasa ini telah disahkan secara rasmi oleh Pegawai The Malaysia Book Of Records, Puan Siti Nurhanim Mohd Noh melalui penyerahan sijil penghargaan selepas sesi jualan tersebut berlangsung.

Terdahulu, usahawan selebriti ini telah menyatakan hasrat untuk mencabar dirinya mencatat rekod sebagai The Fastest RM1 Million Handbag Sales Value In A Livestream Sale 2025.

Ia juga bertujuan membuktikan, jenama beg keluarannya, Anthon’s Leather dan AS Bag, merupakan pilihan utama pembeli kerana berkualiti tinggi, namun kekal mampu milik.

Atasi Rekod Khairul Aming

Dengan mempertaruhkan produk Bag Samma Denim Edition

pada harga promosi RM75 seunit, Aliff berjaya mencatat kutipan RM1 juta dalam masa hanya 2 minit 32 saat, sekali gus memecahkan rekod sedia ada milik Khairul Aming yang sebelum ini berjaya menjual Sambal Nyet bernilai RM1 juta dalam masa
3 minit 28 saat.

Mengulas lanjut, Dato’ Sri Aliff Syukri bersama isteri, Datin Sri Shahida, melahirkan rasa syukur atas sokongan rakyat Malaysia yang memungkinkan kejayaan ini.

Menariknya, sepanjang sesi tersebut, para pembeli turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti

sebuah kereta, motosikal, pakej umrah, percutian ke Sugeh Resort, barangan kemas serta perkakasan elektrik untuk 1,000 pembeli bertuah.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH