Categories: Berita Hiburan

“Alhamdulillah, Sudah Memasuki Tahun Keenam,” – Komitmen Pak Nil Dipuji, Maskot OWI Dilancar

Share

Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan sekadar figura televisyen yang dekat di hati masyarakat, malah sinonim dengan nilai positif, pendidikan dan keprihatinan sosial.

Komitmen berterusannya dalam pelbagai inisiatif kemasyarakatan turut menjadikan beliau antara personaliti yang diyakini untuk membawa mesej kesihatan dan kesejahteraan kepada semua orang.

Peranan itu terus diperkukuh apabila beliau melangkah ke tahun keenam sebagai duta jenama Eskayvie, satu kerjasama yang disifatkan lebih daripada sekadar hubungan profesional.

Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai kemanusiaan menjadi semakin kritikal.

Berlandaskan prinsip inilah Eskayvie terus  memperkukuh peranannya sebagai jenama kesihatan yang bukan sekadar berkembang dari sudut perniagaan, namun turut membawa makna serta impak sebenar kepada masyarakat.

Komitmen ini diterjemahkan menerusi penganjuran Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 di Hotel Mandarin Oriental, yang menghimpunkan lebih 400 warga kerja, Usahawan Eskayvie Nexus serta rakan strategik pada 24 Januari lalu.

Ekosistem Kesihatan Berteraskan Sains

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menegaskan bahawa peranan Eskayvie hari ini melangkaui penghasilan produk, sebaliknya berfungsi sebagai satu ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia moden.

“Dalam realiti hari ini, masyarakat berdepan peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, pencemaran alam sekitar, mikroplastik, virus baharu serta pengambilan makanan ultra-proses.

“Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai,” kata Dr Syid.

Dr Syid menambah, jenama kebanggaannya itu dibangunkan berteraskan ilmu, kajian dan integriti profesional.

“Eskayvie bukan sekadar jenama. Kami adalah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor, pakar nutrisi dan diet yang komited dalam mendidik masyarakat serta membangunkan formulasi produk kesihatan dan kecantikan berlandaskan sains.

“Misi kami jelas, membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan yang optimum dan berdaya tahan untuk masa depan.

“Kejayaan Eskayvie juga tidak diukur melalui angka semata-mata, tetapi melalui perubahan kualiti hidup, keyakinan dan kesejahteraan komuniti yang dibina bersama menerusi ekosistem Nexus,” katanya lagi.

Malah Dr Syid turut menzahirkan rasa syukur atas kerjasama yang terjalin bersama Datuk Aznil Nawawi sebagai duta jenama Eskayvie.

“Alhamdulillah, sudah memasuki tahun keenam kami bersama Pak Nil. Sejak awal, beliau sentiasa memberi sokongan yang konsisten dan dekat dengan masyarakat.

“Hubungan ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu ukhuwah yang kami harap akan terus kekal positif dan berkembang,” katanya.

Maskot OWI

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menekankan bahawa Eskayvie secara konsisten memilih untuk bermula dengan anak-anak, kerana di situlah masa depan ummah dibentuk.

Menurut Dr Kartika, potensi anak bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya perlu dibina hari ini melalui nutrisi, sokongan dan kesedaran yang betul.

“Jenama kami turut memperkenalkan OWI, maskot rasmi kempen yang berfungsi sebagai simbol potensi anak-anak serta medium komunikasi yang lebih mesra untuk menyampaikan mesej nutrisi dan perkembangan minda kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

“OWI bukan sekadar maskot. Ia adalah simbol kepada potensi yang sedang menunggu untuk diserlahkan dengan sokongan yang betul, pada masa yang tepat,” kata Dr Kartika.

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian Hadiah Utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan berterusan pengguna.

Kempen yang berlangsung dari Februari 2024 hingga Disember 2025 ini mencatatkan lebih 350,000 penyertaan, dengan nilai keseluruhan hadiah melebihi RM300,000.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH