Ads

‘Alhamdulillah Kami Dalam Keadaan Baik, Doktor Nurse Jaga Kami Dengan Baik’ – Siti Nurhaliza

Kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang diberi nama timangan Fatimah Az-Zahra sememangnya dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia.

Tentu sekali insan yang paling gembira dengan kehadiran Fatimah adalah Siti sendiri dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Dalam pada itu, semalam, penyanyi nombor 1 negara berkongsi foto dimana dia sedang mengendong bayinya.

Ads

Walaupun foto tersebut diambil daripada namun cukup menjelaskan betapa bahagianya Siti dengan kehidupan barunya ini.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor. #BabyCTDK,” tulisnya di kapsyen foto.

Ads

Melalui pemerhatian MH di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan kepada Siti serta mengucapkan selamat berpantang kepadanya.

‘Alhamdulillah Kami Dalam Keadaan Baik, Doktor Nurse Jaga Kami Dengan Baik’ – Siti Nurhaliza

Ads

Dalam kesempatan ini, MH juga nak ucapkan selamat berpantang kepada Siti serta tak sabar rasanya nak dengar pengumuman nama sebenar Fatimah nanti.

Sumber: IG Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.