
Susulan tularnya video melibatkan anak kepada penyanyi, Nora Ariffin pada Khamis, Instafamous yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar, Ira Kaza ada memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan.
Menurut Ira, insiden ini amat dekat dengan dirinya malah dia turut menyifatkan peristiwa ini pasti akan membuatkan anak gadis itu lebih dekat dengan ibunya.
Percayalah, pengalaman ni akan mendewasakan dia. Dia akan jadi lebih baik dari yang sebelum ni. Dia akan lebih rapat dgn mak dia lepas kejadian ni. Percayalah.. Masa I viral dulu, mmg banyak pengajaran I dapat. Alhamdulillah skrg I makin rapat dgn Pak Samad 😂 https://t.co/jLkA67j8Dw
— IK (@IraKaza) September 4, 2020
“Percayalah, pengalaman ni akan mendewasakan dia. Dia akan jadi lebih baik dari yang sebelum ni.
“Dia akan lebih rapat dgn mak dia lepas kejadian ni.
“Percayalah.. Masa I viral dulu, memang banyak pengajaran I dapat.
“Alhamdulillah sekarang I makin rapat dengan Pak Samad (Kazar),” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ira menerusi akaun Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Ira itu selain terut mendoakan agar Nora sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Terdahulu, Ira yang kini telah pun menginjak usia 25 tahun kini dilihat makin manis dan anggun selepas memutuskan untuk mengenakan hijab sepenuhnya.
Sumber: Twitter Ira Kaza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI