Alamak…Aliff Syukri Bengang Lagu Duet Bersama Sajat Dikritik

Baru-baru ini MH ada terdengar promo single pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bersama usahawan Lets Cantik, Nur Sajat yang dimuat naik di Instagram miliknya. Tak sangka ya rupanya Aliff pun punyai bakat nyayian.

“Berapa markah dengan vokal saya dan Sajat kalau 1-10 korang nak kasi?? Disebabkan ramai yang dah tak tahan nak dengar single saya featuring @nursajat02 saya kasi teaser sikit yee.”

 

 

“Harap-harap wife saya tak marah lah. Ini baru teaser okay belum video muzik kita nak buat letopp level international.” Tulisnya di laman tersebut.

Menurut Aliff, lagu tersebut agak sukar untuk dihasilkan dan memerlukan masa enam bulan untuk disiapkan. Pengasas tersebut juga mengakui terpaksa melalui pelbagai cabaran sepanjang penghasilkan lagu tersebut.

Difahamkan, lagu itu juga diilhamkan buat mereka yang bercinta supaya berkasih sayang dan tidak curang kepada pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, selepas 24 jam dimuat naik, lagunya itu terus mendapat respon pelbagai netizen. Ada yang beranggapan suaranya dengan Sajat tiada banyak beza.

Tak kurang juga ada yang meminta mereka berhenti menyanyi. Memang melampau juga komen-komen yang dilontarkan.

IKLAN

Pada masa sama, Aliff yang sepertinya bengang dengan tohmahan tersebut mengakui tidak peduli tohmahan orang asalkan dia suka dengan hasil lagu tersebut.

“Saya tak kesah lah mami happy atau tak happy dengar lagu saya. Yang penting saya happy. Mulut orang sosial media ni harap je tudung labuh tapi mulut boleh tahan.” tulisnya

Meskipun ada pengikut yang mengecam di laman tersebut, namun masih ada yang meninggalkan komen membayangkan mereka teruja untuk mendengarkan nyanyian Aliff bersama rakan niaganya itu.

Malah video tersebut sudah ditonton lebih 400,000 dalam masa 24 jam!

IKLAN

Bercakap mengenai muzik video (MV) yang akan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim itu, Aliff mendedahkan ia akan berkonsepkan antarabangsa.

Wow, MH boleh rasakan lagu tersebut bakal tular seperti lagu Dato Vida kan?

Jom #MHBelanjaVideo lagu duet Aliff dan Sajat.

Berapa markah dgn vokal sy dan sajat kalau 1-10 korang nak kasi?? Disebbakan ramai yg dah tak tahan nak dengar single saya fituring @nursajat02 saya kasi tiser skit yee.. harap2 wife saya tak marah laah???. . Ini baru teaser okey belum vedio muzik kita nak buat letopp lavel international tunggi. . Secara Jujurnya payah sgt untuk menghasilkan lagu ini.. bayangkan sudah hampir enam bulan nak buat benda ni..berbagai cabaran nak siapkan lagu ini akhirnya siap juga..mana sy nak berlatih vokal untuk menghasilkan lagu ini lirik lagu ini diilhamkan untuk mereka yang bercinta untuk mereka yang berkasih sayang dan kasih supaya tidak berlaku curang kepada pasangannya ..semoga lagu ini dapat menceriakan hari anda.. tak sabar rasanya untuk saya post upload video muzik video terbaru ini di YouTube dan ditv dan redio korang kena requirts tau lagu ni nak masuk juara lagu..Nantikan fonomena share kan rakan anda yang meminati lagu ini terima kasih?? siapa nak sy uploadkan full versi lagu ni komen i dibawah plzz.. . . Tag kawan korang peminat setia saya dan sajat?? #jangankecamsaya Muzik dan vedio clip soon by @yusrykru akan uploadkan ya sbb saya talend krumuzik???? lirik @edryabdhalim kalau nak panggil buat show plzz booking yaa nak full dah utk 3 bulan ni???

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on