Pelakon dan pelawak, Vicha atau nama sebenar Refika Novianti Faturohman berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa buli gara-gara penampilannya bertubuh besar dan berkulit hitam suatu ketika dahulu.

Jelasnya kepada MH, tiada siapa mahu mendekatinya sewaktu sekolah menyebabkan dia nekad untuk bangkit demi membuktikan bahawa berbadan besar bukan satu kesalahan, malah dia punya kelebihan tersendiri.

“Pengalaman paling teruk sewaktu zaman sekolah, tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Tiada lelaki yang mahu rapat. Dahulu pemikiran masyarakat belum terbuka lagi.

“Disebabkan itu kini saya suka berkongsi pengalaman bagaimana mahu membina keyakinan yang tinggi setelah berkali-kali dipijak.

“Cantik bukan dilihat daripada bentuk tubuh, putih atau hitam. Tidak sama sekali. Semuanya cantik, apa yang penting bagaimana kamu membawa diri.

IKLAN

”Namun dengan syarat, penampilan diri juga harus dijaga. Sikap dan hati juga harus dijaga. Kalau ada yang menghina, biarlah.

“Kena sentiasa berfikiran positif,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Mis Claire X Siti Nordiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, anggota kumpulan J-Born ini turut mendedahkan dirinya pernah melakukan prosedur sedut lemak dan pembedahan gastrik bypass.

IKLAN

Hasilnya, dia berjaya mengurangkan berat badan hingga 30 kilogram setakat ini.

“Saya pernah menjalani pembedahan gastrik bypass dua tahun lalu dan berjaya mengurangkan 30 kilogram berat badan. Saya melakukannya kerana paras gula dalam badan mencapai tahap 22, kini ia kembali normal kepada 5.

IKLAN

“Saya pernah melakukan prosedur sedut lemak tapi hasilnya kurang memuaskan.

“Apa pun, nasihat saya, ia semua bergantung kepada diri sendiri dan disiplin. Harus nekad. Tidak perlu lakukan pembedahan, makan pil diet atau sebagainya. Benar ia membantu, namun semua bergantung kepada nekad,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Vicha hadir memberi semangat dan motivasi pada sesi pelancaran Mis Claire demi menunjukkan sokongannya kepada kumpulan wanita Plus Size.

Koleksi Mis Claire boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI