Semalam, ibu kepada pengacara, Anim Ezati Rizki telah menghembuskan nafas terakhir.

Namun, pengacara tersebut  mendedahkan dia sedikit berasa terkilan kerana tidak dapat memenuhi segala kehendak ibunya ketika masih hidup.

Katanya, sekiranya dia tahu ibunya itu akan pergi buat selamanya, sudah tentu dia akan turutkan apa sahaja permintaan ibunya itu.

View this post on Instagram

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Arwah Ibu dan keluarga kami. Cukup terkilan dengan pemergiannya. Hanya Allah je yang tahu. Kalau aku tahu dia nak pergi buat selamanya, akan aku turut semua yang dia nak. Dia ajak pergi kenduri, ajak balik kampung.. semua aku tolak, aku sibuk dengan urusan duniawi. Sehingga lah hari terakhir arwah selepas 12 hari bertarung nyawa tak sedarkan diri. Sempat aku mandikan jenazahnya. Sempat juga beri kucupan terakhir pada seorang Ibu yang membersarkan aku. Arwah lah yang ambil aku ketika aku susah, dijaganya, diberi makan pakai. Pastikan aku habis belajar, Arwah lah orangnya. Mama yang melahirkan aku pergi, Ibu pergi. Aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah. Tinggallah Mak yang menjadi tempat untuk aku bergantung. Panjangkan lah umurnya Ya Allah, berikanlah kesihatan yang terbaik. Biar aku pergi dahulu.. tak sanggup untuk aku hilang lagi ? – Selamat Tinggal selamanya Ibu, tenanglah Ibu di sana. Al Fatihah.. (Maznah Binti Abd Kadir, 1958-2018)

A post shared by Anim Ezati Rizki (@animezatirizki) on

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Arwah Ibu dan keluarga kami. Cukup terkilan dengan pemergiannya. Hanya Allah je yang tahu. Kalau aku tahu dia nak pergi buat selamanya, akan aku turut semua yang dia nak. Dia ajak pergi kenduri, ajak balik kampung semua aku tolak, aku sibuk dengan urusan duniawi.

“Sehingga lah hari terakhir arwah selepas 12 hari bertarung nyawa tak sedarkan diri. Sempat aku mandikan jenazahnya. Sempat juga beri kucupan terakhir pada seorang Ibu yang membersarkan aku. Arwah lah yang ambil aku ketika aku susah, dijaganya, diberi makan pakai. Pastikan aku habis belajar, Arwah lah orangnya,” tulisnya.

Tambah Anim, selepas kematian ibu kandungnya, wanita tersebutlah yang telah membesarkannya sehingga berjaya seperti sekarang.

“Mama yang melahirkan aku pergi, Ibu pergi. Aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah. Tinggallah Mak yang menjadi tempat untuk aku bergantung. Panjangkan lah umurnya Ya Allah, berikanlah kesihatan yang terbaik. Biar aku pergi dahulu.. tak sanggup untuk aku hilang lagi,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Anim supaya terus tabah dan redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

IKLAN

“Aku Sibuk Dengan Urusan Duniawi,”- Anim Ezati Terkilan Tak Dapat Penuhi Permintaan Arwah Ibu 

IKLAN

“Aku Sibuk Dengan Urusan Duniawi,”- Anim Ezati Terkilan Tak Dapat Penuhi Permintaan Arwah Ibu 

MH ingin mengucapkan salam takziah kepada Anim sekeluarga. Moga semoga roh ibunya itu ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Foto: Instagram Anim Ezati Rizki

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI