Saya rasa ia mengarut! Itulah respon yang diberikan oleh pelakon, Elfira Loy apabila dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Nazim Othman dan Bella Dally baru-baru ini.

‘Aku Pun Runtuh, Tak Kan Aku Nak Runtuhkan Orang lain Pulak’- Ini Respon Elfira Loy

Menurutnya, dia sudah mengenali Bella dan Nazim sejak kecil lagi dan adalah tidak masuk akal jika dia menjadi punca perpisahan mereka.

IKLAN

“Aku punya pun runtuh tak kan aku nak runtuhkan orang lain pula? Macam tak kena di situ. Lagipun memang kenal dan baik dengan kedua-dua mereka

“Lagipun, kalau anda lihat saya, berapa ‘percentage’ untuk saya jadi puncanya? cuma itulah…rasanya orang dah tahu kebenarannya cuma bila ada yang berkata-kata maka sebab itulah jadi macam-macam,” katanya kepada Media Hiburan.

Elfira ditemui semasa Majlis berbuka puasa bersama Shopee di Hotel Grand Hyatt, semalam.

IKLAN

Terdahulu, Nazim dan Bella mengumumkan perpisahan mereka pada 1 ramadan lalu, susulan itu juga, nama Elfira turut disebut-sebut menjadi punca perpisahan setelah dia memuat naik foto bersama Nazim di laman Instagram miliknya.

IKLAN

‘Aku Pun Runtuh, Tak Kan Aku Nak Runtuhkan Orang lain Pulak’- Ini Respon Elfira Loy

Dalam pada itu, Elfira turut memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua sahabatnya itu.

“I hormati keputusan mereka itu dan saya percaya bahawa keputusan yang diambil setelah difikir masak-masak dan itulah yang terbaik untuk mereka.

“Saya masih boleh berkawan dengan kedua-dua mereka, dah kenal dari kecil kan. Dan setakat ini saya berikan masa buat mereka untuk menghadapi dugaan ini,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI