Gara-gara ‘memberi’ layanan yang agak ‘buruk’ terhadap salah seorang krew, Ayda Jebat telah dilebelkan sebagai seorang yang sombong?

Semua ini tercetus gara-gara ada seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kekecewaannya apabila ditengking oleh penyanyi tersebut.

Walhalnya dia hanya ingin memberi penjelasan tentang microphone dan memberitahu bagaimana untuk menggunakannya.

Sejak kejadian tersebut, jejaka ini telah hilang minat kerana Ayda dikatakan berlagak.

‘Aku Cuma Nak Explain Pasal Mic’ Netizen Tuduh Ayda Jebat Sombong Hanya Kerana Microphone

IKLAN

Bukan itu sahaja, malah ada juga seorang netizen yang berkongsi pengalamannya dan berkata dia juga mempunyai masalah bersama penyanyi kecil molek itu.

Menurutnya, sudah dua kali menjemput Ayda membuat persembahan, dua kali itu juga Ayda telah datang lambat tanpa rasa sebersalah.

‘Aku Cuma Nak Explain Pasal Mic’ Netizen Tuduh Ayda Jebat Sombong Hanya Kerana Microphone

IKLAN

Perkongsiannya itu telah mendapat beribu retweet dan rata-rata berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman mereka ketika berjumpa dengan Ayda.

Melalui perbualan tersebut, MH difahamkan individu ini merupakan salah seorang krew produksi sebuah rancangan hiburan di televisyen.

Tetapi MH pelik juga kerana setahu kami Ayda seorang yang sangat peramah dengan peminatnya. Jarang MH tengok Ayda memberi layanan yang buruk terhadap peminatnya.

IKLAN

Mungkin adakalanya kita sendiri tersalah tafsir tentang isu ini. Apapun MH percaya mungkin Ayda tidak bermaksud untuk melukakan hati sesiapa.

Bagaimanapun terkini individu ini telah pun tampil dan meminta maaf atas segala tuduhan yang dilemparkan kepada Ayda dan mengaku tidak sepatutnya tweet sesuatu seperti itu dan apatah lagi memberi komen negatif.

Malah dia akui sedang belajar dan membiasakan diri dengan persekitarannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI