Pastinya sebagai pasangan suami isteri yang aktif dalam industri seni, menguruskan hal penjagaan anak-anak memang agak merumitkan hingga adakalanya terpaksa mengupah pembantu.

Maklum sahajalah masing-masing sibuk dengan jadual seni.

Namun berbeza bagi Akim Ahmad dan pasangannya Stacy. Melalui sebuah temubual ketika majlis sidang media yang dilangsungkan baru-baru Akim memberitahu mereka berdua lebih selesa mengambil langkah menjaga anak secara bergilir-gilir.

Menurut Akim sebelum ini ibu Stacy banyak membantu mereka untuk menjaga anak-anak mereka kerana Eshaal masih kecil lagi dan memerlukan lebih perhatian.

IKLAN

“Masa Eshaal kecil lagi, mak Stacy selalu ulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumour untuk jaga Eshaal sebab Eshaal masih kecil lagi dan perlukan perhatian yang lebih.

 

“Kadang-kadang Stacy pun agak sibuk juga so beberapa bulan masa mak Stacy jaga Eshaal, Stacy dalam masa yang sama pergi buat fitness dan saya pun agak sibuk,” katanya kepada kami.

?‍?‍?‍?

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Kata penyanyi ini lagi, selepas ibu Stacy pulang ke Sabah dan tidak menjaga Eshaal lagi dia perlu mengambil alih tugas itu secara bergilir-gilir dengan isterinya.

IKLAN

“Kalau saya bekerja Stacy jaga anak, Stacy bekerja saya pula jaga anak,” ujarnya.

Tambah Akim lagi, dia dan Stacy tidak percaya untuk orang kurang dikenali menjaga anak-anak mereka dan hanya mengambil pembantu rumah untuk membantu dalam kerja-kerja rumah sahaja.

?‍?‍?‍?

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

IKLAN

“Maid memang ada tapi maid hanya untuk kemas-kemas rumah sahaja.

 

“Saya dan Stacy tak senang duduk dan tak senang kerja kalau kita tinggalkan anak-anak kita dengan orang yang kita kurang kenal.

 

“Bila kita tinggal anak kita dengan orang yang kita percaya jadi tenang sikit la hati nak buat kerja,” katanya lagi kepada MH ketika ditemui di majlis sidang media konsert Akim & The Majistret Singapura semalam.

Untuk info, pada 26 Januari 2018 akan berlangsungnya konsert Akim & The Majistret di Esplanade, Singapura.

Akim, Stacy Tak Percaya Orang Yang Kurang Dikenali Jaga Anak-anak

Tujuan konsert ini diadakan adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat-peminat mereka terutama di Singapura yang tidak jemu untuk menyokong mereka..

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI