Pelakon yang popular menerusi watak Jon Snow dalam drama Game Of Throne, Kit Harington akhirnya berkahwin semalam!

Pelakon tersebut memilih Rose Leslie sebagai pasangan ‘sehidup sematinya’.

Apa yang menarik perhatian MH adalah, mereka berdua turut berlakon bersama di dalam drama tersebut.

Terdahulu, pasangan tersebut disatukan di sebuah gereja berdekatan dengan Istana Wardhill, Aberdeenshire di Scotland.

Laporan mengatakan bahawa ahli keluarga Leslie merupakan keturunan King Charles II dan istana tersebut adalah kepunyaan keluarganya selama hampir 900 tahun.

IKLAN

Kedua-dua pengantin kelihatan sama cantik dan sama padan.

Akhirnya ‘Jon Snow’ Berkahwin!

IKLAN

Akhirnya ‘Jon Snow’ Berkahwin!

Akhirnya ‘Jon Snow’ Berkahwin!

IKLAN

“Kami begitu seronok apabila Kit dan Rose berkahwin. Ia merupakan hari yang paling gembira buat kami semua,” kata ayah Rose kepada media.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah ahli keluarga dan sahabat serta para pelakon drama itu dan juga beberapa rakan selebriti lain.

Sebelum ini, mereka mengumumkan pertunangan mereka pada hujung tahun lalu setelah 4 tahun bersama.

Sumber: E News!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI