
“Jangan lupa diri… famous je terus lupa diri.”
Demikian antara luahan yang dilakukan Ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop yang dilihat kecewa apabila mendakwa anaknya itu berubah sikap selepas mengecap populariti.
Sambil menitiskan air mata, Ariz dalam sebak turut berkata;
“Walaupun dia ingat, dia bagi beri duit, dia boleh layan akak macam ni… Akak dah level macam anjing kurap dah,” katanya.
Ariz berkongsi rasa sedih itu menerusi perkongsian hantaran terkininya menerusi Instagram Stories, awal hari ini.
Pada masa sama, Ariz juga mendakwa dia telah banyak berkorban demi membesarkan Anna termasuk menjual kereta dan barang kemas.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka apabila anaknya itu didakwa tergamak mengambil tindakan di luar jangkaan.
“Akak bergolok bergadai jual kereta, golok-gadai segala arang kemas nak hidup dengan dia.
“Pergi balik aku jadi supir (pemandu), driver tak bergaji bawa ke hulu-hilir, cuma nak anak kita senang.
“Boleh lah tumpang senang…harapkan kebaikan seorang anak, tapi macam ni dia buat?
“Gaduh je, banyak benda tak puas hati. Tapi dia punya terasa hinanya bila dia boleh panggil… datanglah keluarkan dia daripada kereta… macam saya nak bunuh dia,” jelasnya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Ariz mendakwa pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna dengan hanya membenarkan dia berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Namun, perintah itu dibatalkan tapi dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu, selepas perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak.
Pada Ahad lalu, Ariz menerusi media sosial turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini