Categories: Berita Hiburan

Ajai Umum Lagu Duet Dengan Nadeera! – “Awak Mempunyai Kawalan Sangat Baik Pada Nota Tinggi.”

Share

Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.

Perkongsian itu sekali gus memberi bayangan kedua-duanya kini sedang bekerjasama untuk sebuah projek lagu terbaharu.

Menurut Ajai, proses rakaman lagu berkenaan telah selesai dan dia amat kagum dengan kemampuan vokal penyanyi yang popular menerusi lagu

Bukan Lagi Kita itu.

“Selesai recording dengan Nad. Seorang insan seni yang bersuara merdu dan tinggi. Mengenalinya sejak dari dulu lagi ketika beliau memasuki beberapa pertandingan nyanyian.

“Beliau tidak pernah berputus asa, sebab dia percaya pada bakat besar yang ada padanya. Seronok melihat percapaiannya sekarang,” kongsinya di Instagram.

Puji Kualiti Vokal Nadeera

Dalam pada itu, Ajai turut meluahkan rasa bangga dengan kawalan vokal dan nada tinggi yang dibawa oleh Nadeera.

“Hari ini saya hendak berkongsi seni dengannya. Melamarnya berduet bersama saya untuk lagu terbaru.

“Nad, you have great control on the high notes. Semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah,” katanya lagi.

Perkongsian itu pantas meraih reaksi positif daripada peminat yang rata-rata tidak sabar menantikan hasil kolaborasi istimewa ini.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH