Penyanyi senior yang juga Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah yang mengucapkan selamat tinggal buat bidang politik bagi memberi komitmen sepenuhnya terhadap seni baru-baru ini ada memberi tips buat pembenci menerusi media sosial.

Katanya seperti yang dipetik daripada Instagram, baginya kehidupan adalah untuk mencari kebahagiaan dan ketengangan. Jadi langkah terbaik adalah untuk hidup di dalam kalangan mereka yang sayang dan menghormati orang lain.

“Bagi I kehidupan kita adalah utk.mencari kebahagiaan dan ketenangan.Di hujung2 usia ni lebih2 lagi,langkah paling baik ialah membuang segala toxic dalam kehidupan.Hidup dalam kalangan yg.sayangkan dan hormati kita dan sebaliknya,” katanya.

Malah, pendekatan hampir sama turut dipraktikkan penyanyi Camar Yang Pulang ini sebagai salah seorang pengguna media sosial.

IKLAN

“Begitu juga pendekatan I dalam media sosial,dah kalau korang tak suka I,yg.sibuk skodeng account I kenapa?Lepas tu tulis benda negatif…go get a life laa…life is too short for all this BS.

 

“Hidup kita bukan lama, biarlah ianya ada quality…,”tulisnya lagi.

Dalam perkembangam lain, penyanyi ini juga difahamkan akan melancarkan single terbarunya berjudul Malar yang bakal diperdengarkan pada konsert Pesta Raya 2018 Dua Diva bersama Liza Hanim di Dewan Espelanade Singapura 13 Julai depan.

Aishah Mahu Buang Segala ‘Toxic’ Di Hujung-Hujung Usia, Harap Haters Get A Life

IKLAN

Malar merupakan lagu ciptaan rakan penyanyi, Hazami.

IKLAN

Foto: Instagram Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI