Pentas Gegar Vaganza musim keempat baru sahaja membuka tirainya pada Ahad lalu dengan menampilkan 12 orang barisan peserta.

Pelantun lagu Janji Manismu, Aishah merupakan salah seorang peserta yang bakal berjuang mendapatkan gelaran juara untuk musim ini.

Menerusi status Aishah di akaun Facebooknya selepas konsert pertama minggu lalu, penyanyi ini telah berkongsi pengalamannya pada malam itu kepada semua.

“Hari ni cuti….perghhhh..pengalaman minggu pertama dlm.GV4 mengingatkan I pada usia I hahahahah.I was thinking…minggu pertama sungguh mencabar…Mcm.lagu Celine Dion Its All Coming Back To Me Now…

 

“the craziness, sometimes madness in production of a concert mengajar kita disiplin utk bersabar,bertolak ansur dan keep cool.Hehe minggu pertama ni I tunggu lama wo hohoho sampai nak terlelap pun ada.Kerana I ni kan old school hahaha pertama kali I pakai ear monitor…alaahai akak tak biaso dik oiii…

 

“you all percaya tak kalau I katakan yg malam semalam I nyanyi byk ikut instinct kerana dlm telinga I, I rasa suara I jauh .Panic sekejap,buatnya pulak just sebelum I naik ke pentas,pelawak Indon yg satu saiz dgn I tu jatuh otw.nak turun balik ke side stage.

 

“Lagilah nervous semacam…dah start nyanyi nak turun tangga ada asap la pulaaaaakkkk….hadoiiiiii….cabaran betul…Bila i tak berapa dengar I rasa mcm tak perform my best huhuhu…and dari pentas or maybe jugak I yg rabun..I tak nampak org bangun..until rasanya Nabil sebut baru I perasan.

 

“That was really something else…sangat terharu..rasa nak nangis tapi control macho takut nanti org kata emotional sgtlah pulak hahahaha…anyway terima kasih semua penyokong yg dtg.menyokong,juga pada semua yg memberikan sokongan selama ini…ok dahh…hakak nak tidur balik…today is my sleeping day zzzzzxzzzzz…..,” tulis Aishah berkongsi pengalamannya.

Aishah Kongsi Pengalaman Minggu Pertama Gegar Vaganza

IKLAN

Konsert pertama tempoh hari, Aishah telah berjaya menduduki tangga teratas dengan memperoleh 96 markah.

Walaupun sudah lama tidak mendengar Aishah menyanyi secara langsung namun vokalnya masih lagi hebat seperti dahulu.

IKLAN

IKLAN

Semoga Aishah dapat mengekalkan momentum yang dimilikinya sekarang ini sehingga ke hujung pertandingan ini.

Para peserta yang lain juga tidak kurang hebatnya pada konsert pertama tempoh hari. Diharapkan perjalanan kesemua peserta untuk berjuang merangkul gelaran juara dipermudahkan.

Sumber: Facebook Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI