
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, melalui satu hari yang penuh dramatik dan mencabar apabila anak sulungnya, Ayden Adrean, terpaksa dikejarkan ke klinik akibat kecederaan pada kening selepas terjatuh.
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika Bella sedang sibuk menyiapkan anak keduanya, Ara Adreanna, untuk konsert balet pertamanya yang berlangsung pada Ahad.
“Hari ini (semalam), saya jadi pemandu sepenuh masa dan keadaan seperti roller coasters. Ara ada konsert baletnya yang pertama.
“Usianya baru sahaja lima tahun dan saya sangat teruja untuk menyaksikan persembahannya
“Dalam pada kesibukan itu, Ayden jatuh dan keningnya mengalami luka teruk. Mummy menangis dalam hati sahaja dan kita bergegas ke klinik.
“Selepas itu, patah balik ke konsert sebab pagi hanya rehearsal. Petang barulah persembahan sebenar. Alhamdulillah sempat sampai,” kongsinya.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh penyanyi lagu Lebih Baik Berpisah itu menerusi satu hantaran di Instagram bersama sebuah video yang merakamkan momen-momen sepanjang hari tersebut.
Menurut Bella, meskipun perasaannya bercampur baur sepanjang hari, dia tetap bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar.
“Ia hari yang sangat panjang dan penuh emosi. Penat, risau, gembira dan semua perasaan ada.
“Namun, inilah memori yang akan kekal dalam hati seorang ibu sampai bila-bila. Mereka harta paling berharga saya,” kongsinya lagi.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Bella telah meraih lebih 1.4 juta tontonan dan dihujani dengan ribuan komen daripada warganet yang turut tersentuh dengan perkongsian jujurnya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah