Sudah tiga tahun putus cinta bersama Fathia Latiff, pelakon Aiman Hakim Ridza yang tidak terlepas daripada menjadi bahan gosip wujudnya cinta baru, biar hakikatnya dia mengakui belum temui pengganti.

Aiman seperti yang dipetik Harian Metro mengakui, dia masih belum temui cinta baru meskipun hubungannya bersama Fathia Latiff sudah berakhir lebih tiga tahun lalu.

Jelasnya, kehidupan yang dilalui sekarang okay sahaja dan tidak pernah kecewa dengan apa berlaku.

IKLAN

“Hidup saya okay saja sekarang. Saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku cuma malas nak fikir soal cinta ketika ini. Saya dan Fathia masih berkawan tetapi hubungan kami sekadar teman biasa saja.

 

“Kami masih berhubung cuma masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” dedahnya.

Aiman Hakim Ridza Belum Terfikir Untuk Cari Cinta Baru, Enggan Komen Isu Fathia Latiff

Pada masa sama, pelakon drama Girlfriend Dari Neraka ini juga enggan mengulas mengenai kontroversi melibatkan bekas kekasihnya itu.

IKLAN

“Saya ada dengar beberapa isu dikaitkan dengannya tetapi tidak mahu ambil tahu kerana tiada kaitan .

 

“Gosip perkara yang negatif. Saya mahu terapkan nilai positif dalam diri serta focus kepada diri dan kerjayanya,” katanya.

Aiman Hakim Ridza Belum Terfikir Untuk Cari Cinta Baru, Enggan Komen Isu Fathia Latiff

IKLAN

Bagi Aiman, apa yang lebih penting dia mahu terus fokus dalam kerjaya berbanding daripada memikirkan hal lain.

Foto : Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI