Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Rashid meluahkan rasa kesal terhadap individu yang gemar menghantar masej peribadi berbaur negatif terutama mengenai anak-anaknya di Instagram.

Datin Shida memuat naik kenyataan tersebut sebagai amaran kepada sesetengah pihak supaya berhenti melibatkan diri serta anaknya sekiranya marah akan tindakkan orang di sekelilingnya.

IKLAN

“Hei netizen2 yg x ada akhlak dan adab yg korang dm2 komen2 negatif dekat page saya ni kenapa?sila komen di page yg betul lepas tu nak libatkan anak aku.

 

“Aku mmg dah malas nak berbudi bahasa dekat sini sbb korang pun tulis ayat yg kurang ajar benda yg x ada kaitan dgn aku.

 

“Minta tolong jgn org lain punya pasal orang lain yg kena. Lepas tu nak doakn anak aku jadi cmm si polan dan si polan. Agama mana kau belajar doakan anak org mcm tu?” tulisnya.

Tambah Datin Shahida, dia sudah malas untuk berbudi bahasa lagi kerana komen yang sering diterimanya adalah biadap malah, lansung tiada kaitan dengan dirinya.

IKLAN

Isteri jutawan kosmetik itu juga meminta para netizen untuk berhenti mendoakan perkara yang tidak elok kepada anaknya kerana tiada agama di dunia ini yang berkehendakkan sedemikian.

IKLAN

MH harap agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang kerana tiada ibu di dunia ini yang sanggup melihat anak-anak mereka dicaci maki oleh kerana kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI